Mohizam Shah Dawood Shah

Malaysian footballer

Mohizam Shah Dawood Shah (lahir pada 8 Mei 1985) merupakan seorang pemain bolasepak. Beliau kini bermain untuk pasukan Melaka FA dalam Liga FAM sebagain seorang penyerang.

Mohizam Shah
Maklumat peribadi
Nama penuhMohizam Shah bin Dawood Shah
Tarikh lahir (1985-05-08) 8 Mei 1985 (umur 34)
Tempat lahirMelaka, Malaysia
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniMelaka
Kerjaya remaja
2003–2005PKNS FC (Piala Presiden)
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2006–2009PKNS FC30(16)
2010–2011Sime Darby FC24(12)
2013FELDA United3(0)
2014–Melaka0(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga December 5, 2013.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga December 5, 2013

KarierSunting

Mohizam Shah telah bermain untuk pasukan PKNS FC selama tujuh tahun. Pada tahun 2010 Mohizam berpindah ke kelab Sime Darby FC, yang pada masa itu bermain di Liga FAM Malaysia 2010. Beliau membantu kelab itu menjuarai liga pada tahun itu dan seterusnya naik ke Liga Perdana Malaysia 2011.[1][2] Pada April 2013, Mohizam berpindah pula ke kelab Felda United FC yang bermain di Liga Super Malaysia 2013.[3][4][5]

Mohizam juga telah bermain untuk pasukan bolasepak Universiti Putra Malaysia semasa zaman universiti beliau, dan telah bermain untuk kejohanan antara universiti.[6]

Pasukan kebangsaanSunting

Mohizam telah dipanggil ke pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada awal tahun 2006, untuk perlawanan persahabatan menentang pasukan kelab PDRM FA dan jelajah 2 perlawanan persahabatan ke New Zealand menentang pasukan bola sepak kebangsaan New Zealand.[7] Dalam perlawanan menentang PDRM FA, Mohizam telah menjaringkan gol,[8] walau bagaimanapun beliau tidak dipilh untuk siri jelajah perlawanan antarabangsa kelas-A menentang New Zealand.

Mohizam juga telah dipilih dalam skuad universiti Malaysia di Sukan Universiti Asean 2008 di Kuala Lumpur.[9]

RujukanSunting

  1. ^ http://www.nst.com.my/nst/articles/43DARB/Article/
  2. ^ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MohizamShahtekadjulangSimeDarbyFC/Article/index_html
  3. ^ http://www.nst.com.my/sports/soccer/hope-yet-for-felda-1.271603
  4. ^ http://sports.digitalfive.com/malaysian-football/news-highlights/top-news/newsid/292153/kecederaan-effa-sentap-ceria-tganu
  5. ^ http://www.felda.net.my/feldaunited/index.php/2011-08-04-23-47-02/2013-05-23-03-03-13/pemain?start=20
  6. ^ http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/3/22/central/20667828&sec=central
  7. ^ "Soccer: Mulligan pulls out of All Whites squad". The New Zealand Herald. 15 February 2006. Dicapai pada 10 September 2011.
  8. ^ http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2006/1/29/sports/13253201&sec=sports
  9. ^ http://sua2008soccer.tripod.com/id1.html

Pautan luarSunting

[[Kategori:Kelahiran 1985]