Mohtaram Eskandari

Mohtaram Eskandari (1895 – 27 Julai 1924)[1] (Parsi: محترم اسکندری) merupakan cendekiawan dan perintis pergerakan wanita Iran. Beliau merupakan pengasas bersama dan pemimpin pertama Jam'iyat-e Nesvan-e Vatankhah, pertubuhan hak-hak wanita pertama di Parsi. [2][3]

Eskandari dilahirkan dalam keluarga liberal, berpelajaran dan aktif dalam politik. Bapa beliau merupakan pengajar di Dar ul-Funun.[4] Eskandari mendapat pendidikan dalam kesusasteraan Parsi dan Perancis di bawah penyeliaan Mirza Mohammad Ali Khan Mohaqqeqi, yang kemudiannya menjadi suami beliau.

Eskandari turut berkhidmat sebagai pengarah di salah sebuah sekolah negeri untuk kanak-kanak perempuan. Kecewa dengan keadaan hak asasi wanita selepas Revolusi Perlembagaan, beliau menubuhkan Jam'iyat-e Nesvan-e Vatankhah, "Liga Wanita Partriotik Iran" pada tahun 1922, yang memperjuangkan feminisme dan nationalisme Iran.

Eskandari meninggal dunia ketika berusia 29 tahun disebabkan komplikasi dari pembedahan tulang belakang yang dijalaninya ketika kecil.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-04-19. Dicapai pada 2017-05-12.
  2. ^ Sanasarian, Eliz. The Women's Rights Movements in Iran, Praeger, New York: 1982, ISBN 0-03-059632-7.
  3. ^ Afary, Janet. The Iranian Constitutional Revolution, 1906 - 1911, Columbia University Press, 1996.
  4. ^ a b "ESKANDARĪ, MOḤTARAM". Encyclopaedia Iranica. January 19, 2012. Dicapai pada March 1, 2016.