Muhaimin Iskandar

Ahli politik Indonesia

Abdul Muhaimin Iskandar (lahir 24 September 1966), biasa disingkatkan kepada Muhaimin Iskandar, juga digelar dengan Cak Imin atau Gus Imin, ialah seorang ahli politik Indonesia yang berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Dewan Perwakilan Rakyat sejak 2019, dan pengerusi Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) sejak 2005. Beliau juga pernah menjadi Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi dari 2009 hingga 2014 dalam kabinet Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Muhaimin Iskandar
Gambar rasmi, 2019
Timbalan Pengerusi Dewan Perwakilan Rakyat
Memegang jawatan
1 Oktober 2019
Berkhidmat dengan 3 yang lain
PengerusiPuan Maharani
Dalam jawatan
26 Oktober 1999 – 1 Oktober 2009
Pengerusi
Timbalan Pengerusi Majlis Musyawarah Rakyat
Dalam jawatan
26 Mac 2018 – 1 Oktober 2019
Berkhidmat dengan 6 yang lain
PengerusiZulkifli Hasan
Ketua Umum Partai Kebangkitan Bangsa
Memegang jawatan
18 April 2005
Didahului olehAlwi Shihab
Anggota Dewan Perwakilan Rakyat
Memegang jawatan
2 Oktober 2014
Kawasan pilihan rayaJawa Timur
Dalam jawatan
1 Oktober 1999 – 22 Oktober 2009
Digantikan olehImam Nahrawi
Kawasan pilihan rayaJawa Timur
Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi
Dalam jawatan
22 Oktober 2009 – 1 Oktober 2014
PresidenSusilo Bambang Yudhoyono
Didahului olehErman Soeparno
Digantikan olehHanif Dhakiri
Butiran peribadi
Lahir (1966-09-24) 24 September 1966 (umur 57)
Jombang, Jawa Timur, Indonesia
KerakyatanIndonesia
Parti politikPartai Kabngkitan Bangsa (PKB)
PasanganRustini Murtadho
Anak-anak3
Alma materUniversitas Gadjah Mada University
Universitas Indonesia
PekerjaanAhli politik
Tandatangan
Laman web rasmicakimin.com

Dilahirkan di Jombang, Jawa Timur[1], beliau telah dididik di Universiti Gadjah Mada dan Universiti Indonesia. Beliau memasuki politik semasa kejatuhan presiden Suharto semasa lewat 1990-an. Beliau terpilih sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat pada 1999, sebagai anggota Parti Kebangkitan Bangsa (PKB). Beliau rapat dengan presiden dan pengasas PKB, Abdurrahman Wahid, dan terpilih sebagai pengerusi PKB pada 2005.

Selepas bekerja dalam pelbagai pertubuhan, karier politik beliau bermula apabila dipilih menyertai dan menjadi timbalan pengerusi Dewan Perwakilan Rakyat pada 1999 hingga 2009. Beliau juga kemudiannya berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi dari 2009 hingga 2014[2] dalam kabinet Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Beliau telah dipilih sebagai anggota DPR sebanyak empat kali, walaupun hanya berkhidmat penuh tiga penggal.

Rujukan sunting

  1. ^ Budianto, Enggran Eko. "Keluarga di Jombang Juga Terkejut Cak Imin Akhirnya Duet dengan Anies". detikjatim (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-09-02.
  2. ^ Jalil, Abdul (2023-09-01). "KPK Akan Periksa Mantan Menaker Muhaimin Iskandar". Aktual.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-09-02.