Mukjizat
Mu`jizat (Bahasa Arab: المعجزات, perkara yang menyebabkan lawan menjadi lemah) ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para Nabi dan Rasul. Mu`jizat ialah perkara luar biasa yang mencarik adat atau khariqu l-`adat (خارق العادة), iaitu sesuatu yang menyalahi kebiasaan manusia biasa.
Mu`jizat berlaku secara spontan dengan izin Allah. Tiada siapa, termasuk Nabi atau Rasul yang melakukannya, mampu menghasilkan satu mu`jizat sendirian tanpa izin Allah. Mu`jizat tidak diperoleh melalui pembelajaran. Sesetengah mu`jizat, telah menakutkan Nabi atau Rasul yang melakukannya, dan inilah apa yang telah berlaku kepada Nabi Musa apabila baginda diperintahkan untuk melontarkan tongkatnya, yang kemudian dia melihatnya bergerak seolah-olah ia seekor ular. Nabi Musa sendiri takut dengan apa yang berlaku.[1]
Allah telah menjadikan bagi setiap Nabi mu`jizat yang bersesuaian dengan zamannya, dalam tiga bentuk berikut[2]:
- Perbuatan, seperti keluarnya unta Nabi Saleh a.s. daripada batu gunung, dan menukarkan tongkat Nabi Musa kepada ular.
- Pencegahan, seperti api tidak membakar Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalamnya.
- Perkataan, seperti Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad
.
Mu`jizat Nabi Muhammad
Sunting
Mu`jizat Nabi Muhammad boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
- Perkataan/ Al-Qawliyyah (القولية)
- Kejadian/ Al-Kawniyyah (الكونية)
Mu`jizat PerkataanSunting
Mu`jizat Perkataan ialah Al-Quran. Disebabkan Islam adalah agama penutup yang Allah telah tetapkan bahawa ia akan berkekalan sehingga hari Qiyamah, maka Allah menetapkan bahawa mu`jizat Nabi Muhammad juga berterusan, supaya ia akan membantunya dan menjadi sumber kekuatannya secara berterusan.
Mu`jizat KejadianSunting
Mu`jizat Kejadian yang berlaku pada Nabi Muhammad adalah dalam bentuk pertolongan, bantuan dan ketenangan bagi hati orang-orang mu'min. Sebahagiannya berlaku untuk membawa manfa`at kepada orang-orang mu'min, atau menolak bahaya daripada mereka. Mu`jizat Kejadian ini bukanlah asas dalam mensabitkan kerasulan Muhammad , dan kerana itu, Nabi tidak menyebutnya dalam cabarannya kepada para penentangnya. Bahkan, Nabi Muhammad hanya mengehadkan terhadap cabaran untuk mendatangkan sesuatu seperti Al-Qur'an atau dengan satu surah sepertinya.
Bagi melihat senarai dan penerangan tentang Mukjizat Kejadian yang pernah terjadi kepada Nabi Muhammad sila lihat; Mukjizat Nabi Muhammad.
Perbezaan Antara Mu`jizat Dan SihirSunting
Mu`jizat berlawanan dengan Sihir kerana sihir, dalam keadaannya yang merupakan sesuatu yang menyalahi adat, tetapi ia adalah sesuatu yang diusahakan, yang boleh dipelajari. Dan ia mengkhayalkan dan tidak benar-benar berlaku. Berlawanan dengan itu, mu`jizat bukanlah sesuatu yang diusahakan. Dan ia benar-benar berlaku dan bukan khayalan mata.
Allah tidak mendatangkan mu`jizat kepada para Nabi palsu. Jika Nabi palsu itu mendatangkan sesuatu yang menyalahi adat, maka ia adalah sihir atau ciptaan yang boleh dipelajari atau didatangkan sesuatu yang sepertinya.[3]
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Sheikh Mustafa At-Tayr. Signs of Muhammad's Prophethood. Egypt: Conveying Islamic Message Society
- ^ Syaikh Mustafa At-Tayr. Al-Mu`jizatu l-Khalidatu Wa'ayatu n-Nubuwwati l-Muhammadiyyah. Egypt: Conveying Islamic Message Society
- ^ Syaikh Mustafa At-Tayr. Al-Mu`jizatu l-Khalidatu Wa'ayatu n-Nubuwwati l-Muhammadiyyah. Egypt: Conveying Islamic Message Society