Mashaf Uthmani

(Dilencongkan dari Mushaf Uthman)

Mushaf Uthman ialah versi al-Quran yang diterbitkan oleh Uthman bin Afan. "Mushaf" ialah perkataan bahasa Arab yang secara harfiah, bermaksud "kulit", iaitu kulit buku, tetapi digunakan dalam konteks ini untuk merujuk kepada senaskah kitab al-Quran.

Ketika orang-orang Sham dan Iraq bersatu dalam sebuah peperangan untuk menaklukkan Arminya dan Adharbijan, Hudhaifa bin Al-Yaman bertemu dengan Uthman kerana beliau takut tentang perbezaan cara pembacaan al-Quran antara orang-orang Sham dengan orang-orang Iraq. Hudhaifa berkata kepada Uthman: "O ketua Penganut-penganut Islam! Selamatkanlah negara ini sebelum mereka berbeza terhadap Kitab (al-Quran), sebagaimana dengan pengalaman orang Yahudi dan orang Kristian dahulu."

Oleh itu, Uthman menghantar satu perutusan kepada Hafsa yang mengatakan: "Kirimkanlah suhuf kepada kami supaya kami dapat menyusun bahan-bahan al-Quran dalam salinan-salinan yang sempurna dan memulangkan manuskrip-manuskrip kepada kamu."

Setelah penerimaan manuskrip-manuskrip tersebut, Uthman memerintah Zaid bin Thabit, Abdullah bin Az-Zubair, Said bin Al-As, dan Abdur Rahman bin Hari-bin Hisham untuk menulis semula manuskrip-manuskrip itu dalam salinan-salinan yang sempurna. Uthman bertitah kepada tiga orang Quarishi itu, "Jika kamu tidak bersetuju dengan Zaid bin Thabit bagi mana-mana satu perkara dalam al-Quran, tulislah dalam loghat Quraish kerana al-Quran diwahyu dalam bahasa ibunda mereka". Ketika mereka telah menulis banyak salinan, Uthman memulangkan manuskrip-manuskrip yang asal kepada Hafsa. Kemudian, Uthman menghantar satu salinan kepada setiap wilayah Islam dan memerintah bahawa bahan-bahan al-Quran yang lain, baik ditulis dalam manuskrip cebisan mahupun dalam salinan yang lengkap, dibakar.


RujukanSunting