Hyosung GD250N/ Naza N5 adalah sebuah motosikal sport naked yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar motosikal Korea Selatan, KR Motors dan Naza Bikes Sdn Bhd Malaysia (penjenamaan semula). Naza N5R pula adalah versi reraup(penutup badan aerodinamik) Naza N5 dan berkongsi casis serta spesifikasi enjin yang sama.

Hyosung GD250N/ Naza N5 250

Slogan: To The Max , We Rule The Street (Naza N5 )

Rekabentuk sunting

Rekabentuk Naza N5 mengutamakan keutuhan, nisbah kuasa-berat dan stail futuristik. Untuk mengurangkan berat, pihak KR telah menggunakan rekaan rangka trellis yang ternyata utuh serta jimat berat. Kebanyakan rekaan motosikal ini adalah menggunakan plastik berserat (fibre-reinforced plastic polimer)yang utuh dan aluminium untuk mengurangkan berat. Material plastik berserat banyak digunakan untuk membuat cover dan juga tangki kondom ( tangki 11 liter terletak berada di dalam dan ditutupi oleh cover panel ). Keunikan tangki kondom ini adalah walaupun ia diperbuat dari plastik namun ianya utuh dan ringan serta selamat sepertimana tangki besi yang berat. Swingarm juga diperbuat dari aluminium untuk mencapai berat yang ringan.

Rekaan stail futuristik Naza N5 dapat dilihat kepada bentuk cover panel yang seakan akan tajam. Posisi tunggangan Naza N5 tidak terlalu menunduk atau terlalu menegak untuk membolehkan penunggang selesa semasa menunggang santai atau memecut. Bentuk lampu depan halogen yang berbentuk segitiga dan bujur sedikit menyerlahkan gaya futuristik yang unik. Tempat duduk pembonceng diletakkan terpisah lebih tinggi dari tempat duduk penunggang bagi menampilkan gaya yang seakan akan seperti ekor superbike. Gaya futuristik ini dilengkapkan lagi dengan dengan paparan LCD yang terang bagi memaparkan informasi tentang kelajuan (kmj/bj), rpm, suhu, kedudukan gear, jam dan jarak perjalanan yang boleh diubah mode mengikut kehendak pemilik.

Dimensi saiz Naza N5 ialah memiliki kepanjangan 1937mm, lebar 800mm dan ketinggian 1055mm. Jarak roda adalah 1340mm untuk tunggangan yang lebih stabil dan selesa. Ground clearence pula diletakkan sederhana tinggi sebanyak 135mm bagi memudahkan penunggang melalui permukaan jalan yang berbonggol.

 
Naza N5 pandangan sisi
 
Naza N5 pandangan belakang
 
Pandangan dari arah penunggang

Pengendalian sunting

Oleh kerana rekaan yang ringan dan rekaan hampir serupa dengan superbike ternama (dilengkapi sistem brake superbike, tayar belakang bersaiz 150/60/r17 dan 110/70/r17 di depan yang agak besar dalam kelas 250cc , motosikal Naza N5 mudah dikendalikan. Ciri ciri ini amat sesuai untuk perjalanan turun dan balik kerja harian, perjalanan jarak jauh dan perlumbaan di litar. Digabungkan dengan enjin silinder tunggal 4-lejang 250cc motosikal ini sememangnya memiliki daya pecutan permulaan yang kuat untuk memotong kenderaan lain di jalan raya.Keadaan ini amat praktikal untuk menjauhi pengguna jalan raya lain yang mungkin berisiko untuk menyebabkan kemalangan.

Ciri ciri keselamatan sunting

Naza N5 dilengkapi dengan suis pemati enjin yang terletak di sebelah kanan handlebar, sensor tongkat (dikhuatiri sekiranya penunggang terlupa untuk mengangkat tongkat, ianya boleh menyebabkan kemalangan semasa perjalanan), dan tuil klac yang perlu dtekan terlebih dahulu sebelum menekan suis "start". Penunggang juga terlebih dahulu dikehendaki untuk meletakkan gear ke gear " Neutral" sebelum start, dan sekiranya ada gear lain , motosikal ini tidak akan hidup untuk mengelakkan kemalangan akibat kecuaian.



Prestasi sunting

Kelajuan maksima adalah sekitar 155-165 km/j.

Daya pecutan dari 0-100kmj sekitar 9 saat.

Kuasa kuda adalah disekitar 28hp @ 9500rpm

(Perangkaan ini adalah dibuat berdasarkan Naza N5 standard yang belum dimodifikasi. Angka ini mungkin akan berbeza sekiranya motosikal dimodikasikan dengan sparepart aftermarket. Harus diketahui juga adalah penukaran saiz tayar standard kepada saiz tayar yang besar akan mempengaruhi meter kelajuan (bacaan yang tidak tepat/jitu )

Kelab Naza N5 dan N5R Malaysia dikenali juga sebagai N5vers sunting

Pemilik Naza N5 boleh berkongsi pendapat, pengalaman dan berkongsi maklumat mengenai penggunaan dan penjagaan Naza N5 di laman FB di group Kelab Naza N5 dan N5R Malaysia. N5ivers juga mempunyai kumpulan whatsapp untuk setiap negeri bagi berkongsi maklumat dan perancangan acara seperti berkonvoi bersama dan melakukan aktiviti riadah bersama.

Slogan N5vers: We Care, We Share, We Ride

Spesifikasi Naza N5 sunting

DIVISION DATA GD250N
ENGINE Type Liquid cooled DOHC 4-valve Single cylinder
Displacement 249cc
Bore x Stroke 73 x 59.6
Compression Ratio 12 : 1
Max Power 20.59 kW (28 ps) @ 9500 RPM
Max Torque 24.17 Nm (2.46 kgf.m) @ 7000 RPM
Fuel System Fuel injection
Lubrication Wet sump
TRANSMISSION Clutch Wet, Multiplate
Gear Constant mesh, Close ratio 6-speed (1down 5up)
Final Drive Chain
CHASSIS Frame Type Steel tubular trellis perimeter main frame & Steel tubular assembly sub frame
Overall Length 1937mm
Overall Height 1055mm
Overall Width 800mm
Wheel Base 1346mm
Ground Clearance 135mm
Seat Height 790mm
Caster 23.5 °
Trail 93.6mm
Brake(front) F: 300Ø Petal shaped spoke mounted single disc, 4 opposed pistons caliper, Stainless mesh hose
Brake(rear) R: 230Ø Petal shaped single disc, 2 opposed pistons caliper, Stainless mesh hose
Suspension(front) F: 37Ø Upside down Telescopic
Suspension(rear) R: Dual side Aluminum Swing arm with Gas charged Hydraulic shock absorber (Nonstep Preload adjustable)
Tyre(front) F: 110/70 R17 54S
Tyre(rear) R: 150/60 R17 66S
Fuel Tank Capacity 11L
Mass (running order) 155kg (Dry weight : 138kg)

Buku manual penjagaan dan servis Naza N5 sunting

Buku manual (format PDF) untuk pemilik Naza N5/ N5R boleh dimuat turun melalui link laman web yang tertera di bawah

Laman wikipedia ini telah disunting oleh MotoAngel Devonism mengikut rujukan yang dipercayai dan pengalaman sendiri sebagai pemilik Naza N5. Jumaat, 10 Mac, 2017

Lihat juga sunting

Rujukan sunting