Nazli Sabri (Nazli Sabri Pasha; lahir 25 Jun 1894 – meninggal 29 Mei 1978 pada umur 83 tahun) adalah Ratu Mesir dari 1919 sampai 1936, dia adala isteri kedua dari Fuad I, Raja Mesir.

Nazli Sabri
Permaisuri Raja Mesir
Periode20 Mei 1919 – 28 April 1936
Keputeraan(1894-06-25)25 Jun 1894
Iskandariah, Mesir
Kemangkatan29 Mei 1978(1978-05-29) (umur 83)
Los Angeles, Amerika
PasanganKhalil Sabri
Fuad I, Raja Mesir
AnakandaRaja Farouk I
Fawzia Puteri Mesir
Faiza Puteri Mesir
Faika Puteri Mesir
Fathia Puteri Mesir
AyahandaAbdur Rahim Sabri Pasha
BondaTawfika Khanum Sharif
AgamaGereja Roman Katolik

Kelahiran dan kehidupan awal

sunting

Nazli dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya di Mesir pada 25 Jun 1894.[1] Dia adalah anak perempuan dari Abdur Rahim Sabri Pasha dan Tawfika Khanum Sharif. Serta boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Arab, bahasa Itali, bahasa Perancis dan bahasa Inggeris.[2]

Fuad I melihat Nazli Sabri pada sebuah acara pementasan opera[3] dan berkahwin pada 1919. Nazli adalah isteri kedua sang raja. Selepas kewafatan suaminya maka anak lelakinya, Farouk I menjadi raja pada 1936.[4] Ketika itu, Pasangan itu mempunyai lima orang anak lelaki dan empat belas cucu.

Selepas pengasingannya di Amerika pada tahun 1950, beliau memeluk agama Nasrani Katolik dengan anak bongsunyadan Fathia Puteri Mesir, menukar namanya kepada Mary Elizabeth.[5]

Kematian

sunting

Pada 29 Mei 1978, beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di Los Angeles, Amerika. Dia dikebumikan di tanah perkuburan Holy Cross Cemetery, Culver City.[6]

Keluarga

sunting

Baginda berkahwin sebanyak kedua kali, ia itu dengan:

  1. Khalil Sabri; Sepupunya, mereka bercerai selepas 11 bulan.
  2. Fuad I, Raja Mesir.

Baginda mempunyai empat orang anakanda perempuan dan seorang anakanda lelaki. Anakanda-anakanda adalah seperti berikut:

  1. Raja Farouk I (11 Februari 1920 - 18 Mac 1965), bapa kepada empat orang anak.
  2. Fawzia Puteri Mesir (5 November 1921 - 2 Julai 2013), ibu kepada tiga orang anak.
  3. Faiza Puteri Mesir (8 November 1923 - 6 Jun 1994), tiada keturunan.
  4. Faika Puteri Mesir (8 Jun 1926 - 7 Januari 1983), ibu kepada empat orang anak.
  5. Fathia Puteri Mesir (17 Disember 1930 - 10 Disember 1976), ibu kepada tiga orang anak.

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting