Buka menu utama

Neil Alden Armstrong (5 Ogos 1930 – 25 Ogos 2012) adalah angkasawan Amerika Syarikat, dan orang pertama yang menjejakkan kaki di Bulan. Beliau juga seorang jurutera ruang angkasa, juruterbang tentera laut, juruterbang ujian dan pensyarah universiti. Mulanya bekerja dengan Tentera Laut Amerika Syarikat, beliau berkhidmat dalam Perang Korea. Selepas perang, beliau menjadi juruterbang ujian Suruhanjaya Penasihat Aeronautik Negara.

Neil Armstrong
Gambar Neil Armstrong, Julai 1969, dalam sut angkasa lepas dengan topi keledar dipegang
Armstrong pada 1969
Neil Armstrong Signature.svg
Angkasawan NASA
Nama lainNeil Alden Armstrong
KewarganegaraanAmerika Syarikat
Lahir(1930-08-05)5 Ogos 1930
Wapakoneta, Ohio, A.S.
Meninggal25 Ogos 2012(2012-08-25) (umur 82)
Cincinnati, Ohio, A.S.
Pekerjaan lepasPenerbang tentera laut, juruterbang ujian
Masa di angkasa8 hari, 14 jam, 12 minit dan 30 saat
Pemilihan1958 Man In Space Soonest
1960 Dyna-Soar
1962 NASA Group 2
Jumlah EVA1
Jumlah masa EVA2 jam 31 minit
MisiGemini 8, Apollo 11
Lencana misiGe08Patch orig.png Apollo 11 insignia.png
AnugerahTemplat:Presidential Medal of Freedom Templat:CS Medal of Honor

Awal hidupSunting

Neil lahir pada 5 Ogos 1930 di sebuah perkampungan berdekatan bandar Wapakoneta, Ohio[1] kepada Stephen Koenig Armstrong, seorang juruaudit untuk pemerintah negeri Ohio,[2] dan Viola Louise Engel. Beliau berketurunan kacukan bangsa Jerman, Scotland dan Ulster.[3][4] Kerjaya ayahnya sebagai seorang pegawai pemerintah memaksa keluarga Neil berpindah randah sekitar negeri ini, di mana mereka bermukim di 16 buah bandar selama 14 tahun ayahnya bekerja.[5]

Neil mula menaruh minat kepada bidang penerbangan apabila ayahnya membawanya ke suatu perlumbaan kapal terbang di Cleveland pada usia 2 tahun. Beliau pertama kali menaiki kapal terbang ketika berusia hampir enam tahun di sebuah lapangan terbang di Warren, Ohio di mana beliau dan ayahnya menaiki sebuah pesawat Ford Trimotor berjolokan "Tin Goose".[6][7]

Kerjaya dalam tentera lautSunting

Armstrong menyertai NASA pada 1962.

Kerjaya dalam NASASunting

Penerbangan pertamanya ialah misi Gemini 8 pada 1966, sebagai juruterbang perintah, menjadi antara orang awam A.S. pertama ke angkasa lepas. Penerbangan kedua dan terakhirnya ialah sebagai komander misi Apollo 11 yang mendarat di Bulan pada 20 Julai 1969.

Apollo 11Sunting

Dalam misi ini, Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan dengan kenderaan udara kecil, yang telah dihantar ke Bulan dengan roket Saturn V dan menghabiskan masa 2½ jam menjelajah, manakala Michael Collins kekal di orbit dalam Modul Perintah. Jutaan orang menonton peristiwa ini melalui TV. Ucapannya yang terkenal ialah:

Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia, sebuah langkah besar bagi kemanusiaan.

Senja hidupSunting

Armstrong meninggal dunia di Cincinnati, Ohio, pada 25 Ogos 2012, pada usia 82 tahun akibat komplikasi arteri koronari tersekat.

RujukanSunting

  1. ^ Hansen 2005, m/s. 49–50.
  2. ^ "Neil Armstrong grants rare interview to accountants organization". CBC News. 24 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2018. Dicapai April 8, 2018. 
  3. ^ Hansen 2005, m/s. 13, 20.
  4. ^ "A Giant Leap For An Ulsterman". The Belfast Telegraph. 28 Ogos 2012. Dicapai 14 November 2018. 
  5. ^ Hansen 2005, m/s. 29.
  6. ^ "Project Apollo: Astronaut Biographies". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2011. Dicapai 12 Mei 2011. 
  7. ^ Hansen 2005, m/s. 45. "According to a volunteer group in Warren. Ohio that had worked through the 2000s to turn the Warren Airport into a historical exhibit, the date of Neil's inaugural; flight was July 26, 1936. If that date is correct, Neil was still only five when he experienced his first airplane ride, his sixth birthday not coming for ten more days."

Pautan luarSunting