Usenet

(Dilencongkan dari Newsgroup)

Usenet ialah sebuah sistem perbincangan maya di Internet. Ia merupakan satu daripada sistem komunikasi rangkaian komputer yang tertua di dunia dan masih digunakan dengan meluas pada hari ini.

Kiriman-kiriman dalam Usenet dikelompokkan dalam kategori-kategori individu yang dikenali sebagai kumpulan berita. Kumpulan berita disusun mengikut hierarki. Terdapat 8 hierarki teratas yang paling popular, iaitu:

comp
Perbincangan mengenai komputer.
news
Perbincangan mengenai Usenet.
sci
Perbincangan mengenai sains.
rec
Perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti rekreasi seperti permainan dan hobi.
soc
Perbincangan mengenai sosial.
talk
Perdebatan mengenai agama, politik dan sebagainya.
misc
Perbincangan umum yang tidak termasuk dalam hierarki-hierarki lain.

Pelanggan sunting

Pengguna perlulah menggunakan perisian pelanggan yang dikenali sebagai pembaca berita untuk membaca dan menyertai perbincangan dalam Usenet. Kebanyakan pelanggan e-mel yang popular seperti Microsoft Outlook dan Mozilla Thunderbird dilengkapi dengan ciri pembaca berita. Selain itu, terdapat juga tapak web di Jaringan Sejagat yang menyediakan khidmat laluan ke Usenet, antaranya Google Groups.

Pautan luar sunting