Niamh Walsh (lahir 17 April 1988) ialah seorang pelakon wanita Ireland.

Niamh Walsh
Kelahiran (1988-04-17) 17 April 1988 (umur 36)
WarganegaraIreland
Pusat pendidikan
  • The Alice Smith School Kuala Lumpur
  • London Academy of Music and Dramatic Art
  • University of York

Latar belakang sunting

Niamh Walsh dilahirkan di Australia dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ibubapanya berasal dari Arklow, Daerah Wicklow, Republik Ireland. Beliau telah belajar di The Alice Smith School Kuala Lumpur, kemudian melanjutkan pelajarannya di University of York dan menamatkan pengajiannya di London Academy of Music and Dramatic Art.[1]

Kerjaya sunting

Niamh Walsh terkenal dengan peranannya sebagai Cara Martinez dalam siri drama televisyen perubatan BBC One bertajuk Holby City. Beliau juga membintangi dalam siri-siri drama Casualty dan Jekyll & Hyde. Pada tahun 2017, beliau telah membintangi dalam siri drama zaman yang bertajuk Jamestown yang ditayangkan di Sky 1 sebagai Verity Rutter.[2] Sebelum penggambaran, beliau menyatakan bahawa beliau telah membuat kajian dengan teliti untuk memainkan peranannya dalam siri tersebut. "Bill [Gallagher] menggunakan orang sebenar sebagai asas untuk watak-wataknya. Dengan membaca buku tentang tempoh zaman itu, anda belajar perkara kecil yang walaupun penonton tidak melihatnya, ia dapat menambahkan prestasi anda."[3]

Pada tahun 2021, Niamh Walsh membintangi dalam siri drama televisyen RTÉ One bertajuk Smother bersama dengan Dervla Kirwan, Seána Kerslake dan Gemma-Leah Devereux, di mana beliau berlakon sebagai Jenny, kakak sulung adik-beradik Ahern.[4][5] Beliau juga berkongsi minatnya dalam menggambarkan salah seorang wanita yang teguh dan berdikari dalam siri tersebut, seperti dinyatakan:

Ianya mengambil masa yang cukup lama, tetapi orang ramai telah menyedari bahawa wanita adalah sama rumitnya dengan lelaki. Kami mengandungi banyak orang, bukan hanya tiga jenis wanita sahaja. Kini, kami dibenarkan kerumitan yang dibenarkan oleh lelaki selama bertahun-tahun. Kami tidak lagi ditindaskan.[6]

Pada 26 Mei 2021, ia diumumkan bahawa Niamh Walsh akan membintangi dalam siri televisyen DC Comics The Sandman adaptasi Netflix sebagai Ethel Cripps muda.[7][8]

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2013 Casualty Hannah Spence
2015 Jekyll & Hyde Maggie Kendall
2015–2016 Holby City Cara Martinez
2017–2019 Jamestown Verity Rutter Peranan utama
2019 Good Omens Greta Kleinschmidt/Kapten Rose Montgomery
2020 The English Game Martha Almond Peranan utama
2021–kini Smother Jenny Ahern Peranan utama
2022 The Sandman Ethel Cripps muda

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2012 Rat Trap Amy Filem pendek
2014 Forever Gadis Filem pendek
2015 Send in the Clowns Alex Filem pendek

Teater sunting

Tahun Tajuk Peranan Tempat
2013 Middlemarch Rosamond The Orange Tree theatre
2014 The Man Who Shot Liberty Valance Hallie Jackson Park Theatre

Audio sunting

Tahun Tajuk Peranan Pengarang Syarikat penerbitan Catatan
2021 The Sandman: Act II Nuala Neil Gaiman, Dirk Maggs Audible [9]

Rujukan sunting

  1. ^ Stephen Milton (3 Februari 2018). "Making a break for the border". The Times. Dicapai pada 17 February 2022.
  2. ^ Laura Butler (25 April 2017). "Meet Ireland's new superstar: A leading lady in Sky's TV masterpiece Jamestown". Evoke. Dicapai pada 17 February 2022.
  3. ^ Aoife Kelly (25 June 2017). "'It doesn't pull any punches' – Irish actress Niamh Walsh gives the lowdown on Jamestown". Irish Independent. Dicapai pada 17 February 2022.
  4. ^ Bairbre Power (6 Mac 2021). "Niamh Walsh: 'It just clicked in my head while filming in Lahinch and now I'm addicted to sea swimming'". Irish Independent. Dicapai pada 17 February 2022.
  5. ^ "Watch the trailer for new Irish noir thriller Smother". RTÉ. 24 February 2021. Dicapai pada 17 February 2022.
  6. ^ Kirsty Blake Knox (15 Januari 2022). "Smother star Niamh Walsh: 'People are realising women are just as complicated as men. We are no longer being jammed into boxes'". Irish Independent. Dicapai pada 17 February 2022.
  7. ^ "Smother star Niamh Walsh joins Netflix's The Sandman". RTÉ. 26 Mei 2021. Dicapai pada 17 February 2022.
  8. ^ "Netflix's The Sandman series casts Irish actress Niamh Walsh in major role". Joe. Dicapai pada 17 February 2022.
  9. ^ Todd Spangler (22 Julai 2021). "'The Sandman: Act II' on Audible Premiere Date Set, James McAvoy Returns to Lead Star-Studded Cast". Variety. Dicapai pada 17 February 2022.

Pautan luar sunting