Smother ialah sebuah siri drama televisyen dari Republik Ireland ditayangkan pada tahun 2021 di RTÉ One. Ia ditulis oleh Kate O'Riordan dan diarah oleh Dathaí Keane[1], dan berkisah tentang seorang ibu yang berazam untuk melindungi keluarganya walau dengan apa cara sekalipun.[2]

Smother
GenreDebaran/Drama/Jenayah
PenciptaKate O'Riordan
PengarahDathaí Keane
Dibintangi oleh
Dervla Kirwan
Gemma Leah-Devereux
Niamh Walsh
Seána Kerslake
Stuart Graham
Negara asalRepublik Ireland
BahasaInggeris
Bilangan siri2
Bilangan episod12
Penerbitan
Penerbit eksekutifMichael Parke
Kate O'Riordan
Tom Sherry
LokasiLahinch, Daerah Clare, Republik Ireland
Syarikat penerbitan
BBC Studios Drama Productions
Raidió Teilifís Éireann
Treasure Entertainment
Penyiaran
Saluran asalRTÉ One
Format gambar16:9 1080i
Siaran asal7 Mac 2021 – kini
Pautan luar
Laman sesawang

Plot sunting

Di sebuah bandar kecil di Daerah Clare, seorang ibu bernama Val Ahern berbakti dan bertekad untuk melindungi keluarganya, terutamanya tiga anak perempuannya Jenny, Anna dan Grace dalam apa jua keadaan. Apabila suami Val, yang bernama Denis ditemui mati di kaki tebing berhampiran rumah mereka, Val bertekad untuk menyiasat peristiwa yang berlaku pada malam sebelumnya.

Watak sunting

Watak Utama sunting

Artis Watak Peranan
Dervla Kirwan Val Ahern Protagonis dalam siri ini. Ibu pemimpin keluarga Ahern.
Niamh Walsh Jenny Ahern Anak perempuan sulung keluarga Ahern.
Gemma Leah-Devereux Anna Ahern Anak perempuan tengah keluarga Ahern.
Seána Kerslake Grace Ahern Anak perempuan bongsu keluarga Ahern.

Watak Sampingan sunting

Artis Watak Peranan
Stuart Graham Denis Ahern Suami Val.
Justine Mitchell Elaine Lynch
Conor Mullen Frank Ahern Abang sulung Denis.
Hilary Rose Alanna Hutchins
Michael Patric Sarjan Paudie Manning Pegawai polis yang ditugaskan untuk menyiasat punca kematian Denis.
Thomas Levin Carl Jensen
Hazel Doupe Ingrid Jensen
Lochlann Ó Mearáin Rory Dwyer
James O'Donoghue Calum Dwyer
Elijah O'Sullivan Jacob Dwyer
Kevin McGahern Michael Foley Suami Jenny.
Carrie Crowley Mairead Noonan
Ayoola Smart Cathy Cregan

Produksi sunting

Penggambaran dimulakan pada bulan February 2020 di sekitar Lahinch, Daerah Clare.[3] Pelakon utama Dervla Kirwan mengatakan bahawa beliau "sudah lama sejak kali terakhir berpeluang untuk membintangi dalam drama yang dikarangkan dengan baik berkenaan sebuah keluarga Ireland. Kate O'Riordan telah mencipta debaran memukau yang akan menyedarkan dunia tentang Ireland kontemporari dan menulis semula naratif lapuk yang telah dijaja tentang Ireland selama bertahun-tahun."[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "'Spanish Princess' Writer Kate O'Riordan's Noir Thriller 'Smother' To Be BBC Studios' First Show For RTÉ" (Siaran akhbar). Deadline Hollywood. 2019-12-04. Dicapai pada 2022-02-16.
  2. ^ "'The Stranger' Star Dervla Kirwan Leads Cast For Irish Thriller 'Smother' From 'Spanish Princess' Writer" (Siaran akhbar). Deadline Hollywood. 2020-03-09. Dicapai pada 2022-02-16.
  3. ^ "New RTÉ drama Smother begins filming in Clare" (Siaran akhbar). RTÉ. 2020-03-10. Dicapai pada 2022-02-16.
  4. ^ "Smother: this intriguing new Irish noir series ticks so many boxes" (Siaran akhbar). Stylist. Dicapai pada 2022-02-17.

Pautan luar sunting