Seána Kerslake (lahir 21 Oktober 1990) ialah seorang pelakon wanita Ireland. Beliau terkenal dengan peranannya sebagai Aisling O'Dowd dalam siri drama RTÉ2 Can't Cope, Won't Cope dari tahun 2016 hingga 2018. Pada tahun 2017, beliau dinamakan sebagai salah satu daripada enam belas pelakon muda oleh Screen International sebagai penerima Star of Tomorrow.

Seána Kerslake
Kelahiran (1990-10-21) 21 Oktober 1990 (umur 33)
WarganegaraIreland
Pusat pendidikan
  • Maynooth University
  • Bow Street Academy

Latar belakang sunting

Kerslake dilahirkan dan dibesarkan di Tallaght, Daerah Dublin Selatan kepada John dan Deirdre Kerslake.[1][2]Beliau melanjutkan pelajarannya di Maynooth University, dan menamatkan pengajiannya di Bow Street Academy.[3]

Kerjaya sunting

Pada tahun 2010, Kerslake telah membintangi dalam filem Dollhouse arahan Kirsten Sheridan, yang mana beliau dijadikan pencalonan anugerah Akademi Filem & Televisyen Ireland (IFTA) pada tahun 2013.[4][5]

Pada tahun 2016, Kerslake telah memainkan watak utama dalam filem A Date for Mad Mary arahan Darren Thornton.[6] Untuk peranannya dalam filem tersebut, beliau telah dianugerahkan Anugerah Terobosan oleh Dublin Film Critics' Circle, dan Anugerah Bakat Baru Bingham Ray di Galway Film Fleadh 2016.[7]

Dari tahun 2016 hingga 2018, Kerslake telah membintangi sebagai Aisling O'Dowd dalam siri televisyen drama komedi Can't Cope, Won't Cope yang ditayangkan di RTÉ2.[8]

Kerslake telah membintangi dalam filem Dublin Oldschool arahan Dave Tynan pada tahun 2018. Beliau kemudiannya telah membintangi dalam filem seram yang bertajuk The Hole in the Ground arahan Lee Cronin pada tahun 2019.[9]

Pada tahun 2020, Kerslake telah membintangi dalam filem My Salinger Year arahan Philippe Falardeau, yang berdasarkan memoir nama yang sama oleh Joanna Rakoff.

Pada tahun 2021, Kerslake telah membintangi dalam siri drama televisyen RTÉ One bertajuk Smother bersama dengan Dervla Kirwan, Niamh Walsh dan Gemma-Leah Devereux, di mana beliau berlakon sebagai Grace, adik beradik Ahern bongsu. Beliau telah berkongsi perasaanya bahawa beliau berasa tertekan menjelang episod pertama rancangan tersebut disiarkan, seperti yang dinyatakan:

Saya rasa tekanan datang kepada saya apabila [Smother] akan disiarkan. Saya melupakannya semasa penggambaran dan saya berseronok dan saya tidak memikirkannya; saya hanya perlu fokus pada kerja yang ada. Apabila ia akan disiarkan, barulah ada persoalan "oh, bagaimana orang akan bertindak balas terhadapnya?". Tetapi, tiada apa yang boleh lakukan mengenainya.[10]

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2016–2018 Can't Cope, Won't Cope Aisling
2019 Headcases Michelle
2021–kini Smother Grace Ahern Peranan utama
2021 Modern Love Garda Molloy

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2012 Dollhouse Jeannie
2013 Life's a Breeze Suspicious Woman
The Hard Way Katy Filem pendek
2014 Thin Air Trish Filem pendek
Darkroom Lisa Filem pendek
The Legend of Longwood Legend Woman
2016 A Date for Mad Mary Mary
A Long Shot Sarah Filem pendek
2018 Dublin Oldschool Gemma
We Ourselves Una
2019 The Hole in the Ground Sarah
2020 My Salinger Year Jenny

Rujukan sunting

  1. ^ Smith, Andrea (25 September 2016). "Ireland's 40 under 40 you should know". Irish Independent. Dicapai pada 23 Februari 2022.
  2. ^ Brady, Tara (22 August 2016). "Seána Kerslake: the hottest new name in Irish cinema". The Irish Times. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  3. ^ Mullally, Una (20 August 2016). "Ireland: the next generation". The Irish Times. Dicapai pada 23 Februari 2022.
  4. ^ "Talented Seána's reaching for the stars". Irish Independent. 20 May 2013. Dicapai pada 23 Februari 2022.
  5. ^ Falvey, Deirdre (3 October 2017). "Are these the Irish film stars of the future?". The Irish Times. Dicapai pada 23 Februari 2022.
  6. ^ "Seana Kerslake: A Date for Mad Mary". Echo. 8 September 2016. Dicapai pada 23 Februari 2022.
  7. ^ "Dublin Film Critics Circle Names I, Daniel Blake Best of 2016". The Irish Times. 17 Disember 2016. Dicapai pada 23 Februari 2022.
  8. ^ "Meet Seana Kerslake, the busiest Irish actress of 2016". Irish Independent. 28 August 2016. Dicapai pada 23 Februari 2022.
  9. ^ "Irish actress Séana Kerslake celebrating after landing leading movie role". Irish Mirror. 13 May 2017. Dicapai pada 23 Februari 2022.
  10. ^ "Smother star Seána Kerslake felt the 'pressure' of public opinion ahead of show's release". RSVP Live. 19 August 2021. Dicapai pada 24 Februari 2022.

Pautan luar sunting