Nikkei Business Publications (syarikat)

Nikkei Business Publications, Inc. (Jepun: 株式会社日経BP, Hepburn: Kabushiki-gaisha Nikkei Bī Pī), atau lebih dikenali dengan nama Nikkei BP (Jepun: 日経BP社, Hepburn: Nikkei Bī Pī sha), adalah sebuah syarikat penerbitan buku dan majalah di Tokyo, Jepun. Syarikat ini diasaskan sebagai "Nikkei McGraw-Hill, Inc." (Jepun: 日経マグロウヒル株式会社), sebuah gabungan diantara Nihon Keizai Shimbun (Nikkei) dan syarikat penerbitan McGraw-Hill pada tahun 1969. Nikkei kemudiannya mengambil alih sepenuhnya pada tahun 1988 dan menjadi anak syarikat.[1]

Nikkei Business Publications
Syarikat indukNihon Keizai Shimbun
Diasaskan pada1969; 55 tahun yang lalu (1969) (sebagai Nikkei McGraw-Hill, Inc.)
Chiyoda, Tokyo, Japan
HasilJPY 36.8 billion (2018)
Bilangan pekerja765 (2018)
Laman web rasminikkeibp.com

Nikkei BP terkenal dengan penerbitan pelbagai majalah dalam bidang perniagaan dan teknologi yang berfokus, dan sistem jualan langsung majalah tersebut.

Majalah dan laman web utama sunting

  • Nikkei Business (Jepun: 日経ビジネス), sebuah majalah perniagaan mingguan yang seiring dengan majalah Business Week sejak tahun 1969. Diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
  • Nikkei Electronics (Jepun: 日経エレクトロニクス), sebuah majalah semi bulanan mengenai industri elektronik seiring dengan penerbitan majalah Electronics pada tahun 1971.
  • Nikkei Computer (Jepun: 日経コンピュータ), sebuah majalah semi bulanan mengenai pengkomputeran yang diterbitkan sejak tahun 1981.
  • Nikkei Personal Computing (Jepun: 日経パソコン), sebuah majalah semi bulanan mengenai komputer persedirian yang diterbitkan sejak tahun 1983, mempunyai laman web di dalam bahasa Jepun.
  • Nikkei Byte (Jepun: 日経バイト), sebuah majalah bulanan mengenai industri komputer yang utama. Diterbitkan sejaktahun 1984 akan tetapi penerbitan berakhir pada tahun 2005.[2]
  • National Geographic Japan edition (Jepun: ナショナル ジオグラフィック日本版),merupakan penerbitan National Geographic untuk pembaca tempatan yang diterbitkan olehNikkei National Geographic Inc. (Jepun: 株式会社日経ナショナルジオグラフィック社), sebuah gabungan diantara Nikkei BP dan National Geographic Society.[3]
  • nikkeibp.jp, sebuah laman web berita mengenai perniagaan dan teknologi di dalam bahasa Jepun.

Kedudukan Kuasa Bakat sunting

Nikkei Entertainment! (Jepun: 日経エンタテインメント!) telah menerbitkan Talent Power Ranking [ja] , sebuah ranking tahunan sejak 2008. Data ranking adalah berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh syarikat penyelidikan Architect, Inc. untuk mengukur pengiktirafan dan minat orang ramai terhadap penghibur Jepun. [4]

Rujukan sunting

  1. ^ Tsuda, Kenji (2012-10-11). "日経マグロウヒル設立秘話". NEWS & CHIPS (dalam bahasa Japanese). Dicapai pada 2019-06-01.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "日経BP社 「日経バイト」「日経Windowsプロ」「日経バイオビジネス」を年内休刊 (f/x [エフエックス] ITメディア・タンク)". IT media tank (dalam bahasa Japanese). 2005-11-01. Dicapai pada 2019-06-01.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "初公開!「ナショナル ジオグラフィック日本版」過去20年間人気記事ランキング発表!". PR TIMES (dalam bahasa Japanese). 2014-12-29. Dicapai pada 2019-06-01.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ 日本経済新聞社・日経BP社. "タレントパワーランキング あの女優が8年ぶり1位に|エンタメ!|NIKKEI STYLE". NIKKEI STYLE (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2022-07-29.

Pautan luar sunting