No 5 Persiaran 1 adalah drama radio bersiri yang diterbitkan pada 1974. Drama radio ini keudara selama 15 minit setiap hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9.30 pagi sehingga 9.45 pagi. Ianya diterbitkan oleh Mahani Ujang di Radio Nasional RTM, sekarang Klasik FM. Pengenalan drama ini seperti berikut :

Soalan: "Boleh saya tahu di mana rumah No 5 Persiaran 1?"
Jawapan: "Oh rumah besar dua tingkat tu! Di sebelah kanan masjid di depannya mini market."

Drama ini berkisar kisah keluarga Encik Aman. Drama ini dijayakan oleh Fatimah Yassin, Atan Wahab (Encik Aman/Abah), Zuraida Musib (Amiza), Che Om Dahari (Amran) dan Mohd Latif Mahidin (Amir). Ia bertahan selama 13 tahun dari 1974 lagi.[1]

Rujukan sunting