Noh, , (Bahasa Jepun: ) atau Nōgaku (能楽) adalah bentuk muzik klasik Jepun utama yang telah dipentaskan semenjak abad ke-14. Bersama dengan farsa kyogen yang berkait rapat, ia beransur berubah dari pelbagai bentuk kesenian aristokratik dan rakyat yang popular, termasuk Dengaku, Shirabyoshi, dan Gagaku. Sungguhpun perkembangan Noh adalah perlahan dan diolah selama beberapa abad, asalnya dapat dijejak kepada pementasan Nuo China (), Sarugaku, dan pementasan rakyat.

Persembahan Noh di kuil Itsukushima, Miyajima, Hiroshima

Anggota yang terlibat

sunting

Terdapat empat anggota yang penting dalam pementasan :[1]

  1. Shite (仕手, シテ) - protagonis atau watak utama. Watak ini boleh muncul sebagai manusia dahulu (mae-shite) sebelum dijadikan dewa (nochi-shite).
    • Shitetsure (仕手連れ, シテヅレ) atau tsure (連れ, ツレ) - pendamping kepada si shite.
    • Kōken (後見) - petugas panggung, biasanya dari 1 hingga 3 orang.
    • Jiutai (地謡) - kumpulan korus dari 6 hingga 8 orang.
  2. Waki (脇, ワキ) - antagonis, lawan kepada si shite.
    • Wakitsure (脇連れ, ワキヅレ) - pendamping si waki.
  3. Kyōgen (狂言) - memainkan persembahan selingan (aikyōgen, 間狂言). Kyōgen actors also perform in separate plays between individual Noh plays.
  4. Hayashi (囃子) atau hayashi-kata (囃子方) - memainkan alatan muzik yang penting dalam latar muzik flut (, fue), gendang pinggul (大鼓, ōtsuzumi) atau ōkawa (大皮), gendang bahu (小鼓, kotsuzumi), dan gendang palu (太鼓, taiko). The flute used for noh is specifically called nōkan (能管) atau nohkan.

Suatu pementasan Nō yang biasa akan terdiri daripada sekumpulan korus, barisan pemain muzik, seorang shite dan seorang waki.[2]

Tema pementasan

sunting

Potongan teater dibahagikan dalam 5 kelompok mengikut tema tertentu:

  1. Kami mono (神物, god plays) atau waki Noh (脇能) - shite berperanan sebagai seorang pahlawan yang berperjalanan menjadi dewa dalam bab kedua drama di mana si pahlawan berdoa di akhir drama. (e.g. Takasago, Chikubushima)[3][4]
  2. Shura mono (修羅物, warrior plays) atau ashura Noh (阿修羅能) - Si protagonis muncul sebagai hantu seorang samurai meminta penyelamatan seorang sami, berpuncak dalam suatu lakonan semula kematian si samurai yang berpakaian lengkap. (e.g. Tamura, Atsumori)[3][4]
  3. Katsura mono (鬘物, pentas [berpakaian] rambut palsu) atau onna mono (女物, pentas perempuan) - shite berwatakan wanita, sering cintanya menjadi fokus. Ia menampilkan lagu dan tarian paling halus dalam keseluruhan pementasan yang mencerminkan perwatakan mereka. (e.g. Basho, Matsukaze)[3][4]
  4. Zatsu-nō - pementasan "pelbagai" yang tidak bisa dikelompokkan atas 4 kelompok lainnya termasuk subkategori kyōran mono (狂乱物, pementasan gila), onryō mono (怨霊物, pementasan roh berdendam), genzai mono (現在物, pementasan kini) dan sebagainya (e.g. Aya no tsuzumi, Kinuta)[3][4]
  5. Kiri Nō (切り能, pementasan akhir) atau oni mono (鬼物, pentas hantu) - si shite memainkan wataj raksasa atau syaitan yang bergerak lincah.[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Enjoying Noh and Kyōgen" (PDF). The Nohgaku performers' association. m/s. 3.[pautan mati kekal]
  2. ^ Eckersley. M. (ed.) (2009). Drama from the Rim. Melbourne: Drama Victoria. m/s. 47.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  3. ^ a b c d Ortolani, Benito (1995). The Japanese theatre: from shamanistic ritual to contemporary pluralism. Princeton University Press. m/s. 132. ISBN 0-691-04333-7.
  4. ^ a b c d e Ishii, Rinko (2009). 能・狂言の基礎知識 [Asas-asas Nō dan Kyogen]. Tokyo: Kadokawa.

Bibliografi

sunting
  • Karen Brazell. Traditional Japanese Theater: An Anthology of Plays. New York: Columbia University Press. 1998.
  • Benito Orolani. The Japanese Theatre: From Shamanistic Ritual to Contemporary Pluralism. Princeton: Princeton University Press. 1990.

Pautan luar

sunting