Noraini Ibnu adalah penyampai radio RTM di Malaysia. Beliau adalah Ketua Unit Penerbitan Radio di Radio Televisyen Malaysia (RTM) (1980-kini ). Pada 2004, beliau memenangi Anugerah Seri Angkasa 2004, kategori Penyampai Berita Radio Terbaik dan membawa hadiah RM5,000 .[1]

Noraini Ibnu
Kelahiran (1960-02-21) 21 Februari 1960 (umur 64)
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPenyampai radio RTM
Tahun aktif1980–kini
PasanganHerman Tino

Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Jalan Ipoh Kuala Lumpur dan Sekolah Tun Fatimah (1977), Johor Baharu, Johor. Semasa di STF, Noraini Ibnu menjadi ahli pancaragam sekolah. Noraini berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan isteri kepada penyanyi veteran Herman Tino.

Rujukan sunting

  1. ^ "Agihan wang kurang adil Anugerah Seri Angkasa 2004". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-21. Dicapai pada 2012-01-01.