Novia Kolopaking (lahir di Bandung, Jawa Barat, 9 November 1972; umur 51 tahun) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Indonesia.

Novia Kolopaking
Kelahiran
Novia Sanganingrum Saptarea Kolopaking

(1972-11-09) 9 November 1972 (umur 51)
Warganegara Indonesia
Nama lainNovia Kolopaking
Pekerjaan
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Musica Studio's

Nama Novia telah dikenali sejak zaman kanak-kanaknya lagi melalui beberapa majalah kanak-kanak dan pertunjukan pentas, sama ada sebagai penyanyi ataupun pelakon. Walau bagaimana pun, namanya benar-benar terserlah di persada seni nasional ketika dia melakonkan watak "Emak" dalam drama bersiri Keluarga Cemara dan watak "Siti Nurbaya" dalam filem televisyen Sitty Nurbaya. Walaupun ramai yang tidak menyedari, dia juga pernah mengisi suara tokoh "Dewi Anjani" dalam sandiwara radio Saur Sepuh.

Dalam bidang seni suara pula dia dikenali melalui beberapa lagu seperti Kembali, Untukmu Segalanya, Dengan Menyebut Nama Allah, Daur Ulang, dan Bunga Mawar.

Novia menikah pada 22 Mac 1997 dengan Emha Ainun Nadjib dan dikurniai 4 orang anak. Setelah berkahwin, dia tidak banyak muncul dalam aktiviti kesenian nasional. Namun, dia kerap mendampingi perjalanan kumpulan "Kiai Kanjeng" pimpinan suaminya mengunjungi pelbagai tempat di Indonesia dan juga luar negara.

Album muzik sunting

  • Kembali
  • Biar Kusimpan Rinduku
  • Untukmu Segalanya
  • Dengan Menyebut Nama Allah
  • Aku Selalu Cinta (Single)
  • Cinta
  • Bunga Mawar (Single)

Sinetron sunting

  • Sitty Nurbaya
  • Keluarga Cemara
  • 1 Kakak 7 Ponakan
  • Darah Biru

Pautan Luar sunting