Nunam sikat Venus

spesies moluska

Nunam sikat Venus,[a] nama saintifik Murex pecten, ialah spesies siput laut pemangsa besar yang merupakan moluska gastropod lautan dalam keluarga Muricidae, iaitu siput nunam atau siput batu.[1] Cangkang spesies Indo-Pasifik ini ada terusan sifon yang sangat panjang, dan banyak sekali duri.

Nunam sikat Venus
Murex pecten hidup in situ
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Mollusca
Kelas: Gastropoda
Subkelas: Caenogastropoda
Order: Neogastropoda
Keluarga: Muricidae
Genus: Murex
Spesies:
M. pecten
Nama binomial
Murex pecten
Lightfoot, 1786

Taburan sunting

Spesies ini tempatan di perairan Indo-Pasifik.

Penerangan sunting

Cangkang siput ini ada terusan sifon yang amat panjang.

Cangkangnya ada lebih seratus duri, yang menyediakan perlindungan daripada pemangsaan, dan menghalang siput daripada tenggelam di dalam lumpur lembut. Macam kebanyakan siput Murex lain, ia makan moluska lain.

Ia spesies umum, namun spesimen cangkangnya yang lengkap tidak mudah ditemukan lantaran kerapuhan duri panjang yang banyak itu. Spesies ini tumbuh antara 10 dan 15 cm kepanjangan.

 
Gambar sinar-X cangkang Murex pecten, hujung haluan ke bawah.
 
Pandangan sisi dan buritan cangkang sepanjang 15 cm

Catatan sunting

  1. ^ terjemahan langsung bagi Venus comb murex.

Rujukan sunting

  1. ^ Paul, C. R. (31 Mac 1981). "The function of the spines in Murex (Murex) pecten Lightfoot and related species (Prosobranchia: Muricidae)". Journal of Conchology. 30: 285.

Pautan luar sunting