Odis

baka anjing dari Ukraine

Odis[a] ialah satu baka anjing yang dibiakbakakan di Ukraine.

Odis
Negara asalUkraine
Trait
Berat 6–10 kg (13–22 lb)
Tinggi Jantan 35–39 cm (14–15 in)
Betina 33–37 cm (13–15 in)
Warna putih, putih dengan tompok-tompok berlainan warna (kecuali hati), putih dengan kelabu (biru), hitam gelap, perang kekuning-kuningan daripada pelbagai cahaya warna (kecuali jingga)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Malah pada tahun 1980-an, ahli kinologi Odessa menjalankan pembiakbakaan yang disasarkan sesama baka — terier rubah dawai, pudel kerdil, anjing Malta. Percubaan ini berjaya dan tidak begitu berjaya. Sebagai hasil daripada pemilihan selektif pada penghujung abad 1990-an, sekumpulan anjing terbentuk yang mempunyai leluhur bersama dan penampilan serupa. Pada tahun 1999, perinduk diperoleh daripada Kroha Lapushka Dio Present si betina dan Zigfrid si jantan. Semua anak anjing ternyata daripada jenis yang dikehendaki. Seekor anjing betina yang lahir dalam perinduk ini, Franshika Dio Present, diiktiraf sebagai piawaian baka dan menjadi leluhur kepada semua odis yang wujud. Kumpulan baka baru ini dinamai sempena bandar kelahirannya. Pada sidang akhbar pertama yang diadakan di bandar raya Odesa, wartawan dipersembahkan dengan sekumpulan anjing baka baharu ini, dan wartawan, seterusnya, menyahkod nama baka ODIS sebagai singkatan — Odesʹka Domashnya Idealʹna Sobaka ("anjing rumah unggul Odesa", "anjing rumah ideal Odesa")[a]. Pada tahun 2008, odis diiktiraf sebagai baka anjing kebangsaan pertama Ukraine, di presidium Kesatuan Kinologi Ukraine diputuskan untuk mengeluarkan pedigri contoh yang ditetapkan kepadanya dan piawaian baka bekerja diluluskan.

Catatan sunting

  1. ^ a b Jawi: اوديس; انجيڠ رومه اوڠݢول اوديسا; انجيڠ رومه ايديال اوديسا; Bahasa Ukraine: одіс; оде́ський дома́шній ідеа́льний соба́ка; оде́ська дома́шня ідеа́льна соба́ка

Rujukan sunting

  • "Опис стандартів породи". uku.com.ua (dalam bahasa Ukraine). Кінологічна спілка України.
  • "Одис — одесская порода". vo.od.ua (dalam bahasa Ukraine). Вечерняя Одесса.
  • "В Одесі вивели нову породу собак". www.newsru.ua (dalam bahasa Ukraine). NEWSru.ua. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2016. Dicapai pada 27 Mac 2024.
  • "Одесская порода собак завоевала титул чемпиона в Чехии". www.1tv.od.ua (dalam bahasa Ukraine). Первый городской.
  • "ОДИС необыкновенный". droug.ru. Друг. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2016. Dicapai pada 27 Mac 2024.
  • "Відео". planetdog.ru (dalam bahasa Ukraine). Планета собак.[pautan mati]
  • "Відео". tsn.ua (dalam bahasa Ukraine). ТСН.