Oggy and the Cockroaches

Oggy and the Cockroaches (Perancis: Oggy et les Cafards; harfiah: "Oggy dan Sang lipas -lipas") ialah siri televisyen animasi pengembaraan komedi Perancis yang diterbitkan oleh Gaumont Multimedia (dua musim pertama) dan Xilam Animation (musim ketiga dan seterusnya), dan dicipta oleh Jean-Yves Raimbaud, pencipta bersama daripada Space Goofs, yang meninggal dunia semasa pengeluaran musim pertama Oggy. Rancangan ini menggunakan komedi senyap: tidak bercakap atau menggunakan vokalisasi dan gerak isyarat yang tidak dapat difahami. Rancangan ini ditayangkan pada September 1998 di Perancis 3, dan kemudiannya berkembang di peringkat antarabangsa.

Oggy and the Cockroaches
GenreKomedi melampau
Aksi Penggembaraan
FormatSiri animasi televisyen
PenciptaJean-Yves Raimbaud
PengarahOlivier Jean-Marie
Negara asalPerancis
Bilangan musim8
Bilangan episod269 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifMarc du Pontavice
Tempoh siaran31 minit (episod)
Syarikat penerbitan
(musim 1-2)
Xilam (musim 3-kini)
Penyiaran
Saluran asalFrance:
France 3 (musim 1-2)
Canal+ Family (musim 3-4)
Gulli (musim 5–7)
Malaysia:
TV3
Format gambar(SDTV) (musim 1-3)
(HDTV) (musim 3-7)
Siaran asal28 November 1998 – Januari 30, 2019
Kronologi
Rancangan berkaitan
Space Goofs
Ratz
Zig dan Sharko

Pada September 2020, siri diperbaharui semula telah diumumkan yang bertajuk Oggy and the Cockroaches: Next Generation, di mana Oggy menjaga Piya, seekor gajah betina berusia tujuh tahun dari India. Ia dikeluarkan di seluruh dunia dalam Netflix' pada 28 Julai 2022, dengan 13 episod menyusun 6 segmen. Walaupun ia berbeza dengan ketara daripada yang asal dari segi visual dan nadanya, Gulli melabelkannya sebagai musim kelapan Oggy.

Sinopsis sunting

Oggy merupakan watak utama bagi siri ini. Oggy, seekor kucing warna biru yang biasanya menonton televisyen dan makan namun selalu diganggu oleh lipas-lipas bernama Joey, Dee Dee dan Marky (dinamakan sempena ahli kugiran rock The Ramones). Oggy tidak selalunya dapat mengalahkan lipas-lipas ini dalam kebanyakan episod, malah dia dan rakan serumahnya, Jack, turut menanggung rugi dalam usaha mereka mengusir keluar lipas-lipas tersebut.

Watak utama sunting

Oggy

Oggy ialah seekor kucing berbadan biru muda, mata berwarna hijau, hidung berwarna merah, perut berwarna kelabu dan kaki berwarna putih. Oggy biasanya menghabiskan masanya dengan menonton televisyen dan membuat kerja rumah serta mengejar sekumpulan lipas apabila diganggu oleh mereka. Walaupun Oggy sering dikacau oleh sekumpulan lipas, Oggy mempunyai hubungan cinta dan benci sesama mereka disebabkan mereka telah tinggal bersama mereka sejak sekian lamanya. Apabila dia mendapati dirinya bersendirian di rumah, dia akan merindui akan jenaka yang sering dilakukan oleh sekumpulan lipas. Dia juga mempunyai ketakutan terhadap ketinggian apabila dia berada di gunung atau bangunan yang tinggi dan juga takut terhadap tikus. Oggy mempunyai kereta Volkswagen Beetle berwarna jingga dan mempunyai sebuah skuter.

Joey

Joey ialah seekor lipas yang mempunyai badan yang berwarna ungu dicampuri dengan merah jambu, mata kanan berwarna merah jambu, mata kiri berwarna kuning, kepala berwarna ungu, hidung berwarna hitam, dan kaki berwarna hitam. Walaupun dia ialah lipas yang paling pendek dalam sekumpulan lipas, dia merupakan lipas yang paling bijak dan sentiasa menjadi perancang utama dalam kalangan sekumpulan lipas walaupun kadang-kadang dia terpaksa pergi sendiri kerana Marky dan Dee Dee sering menganggap rancangannya adalah bodoh. Walaupun dia sebagai perancang utama, perancangan yang ingin dilakukannya sering mengalami kegagalan yang diakhiri dengan dia dipukul oleh Oggy.

Marky

Marky ialah seekor lipas yang paling tinggi dalam kalangan sekumpulan lipas dan memiliki ciri-ciri fizikal seperti badan yang berwarna kelabu, kepala berwarna hijau, hidung berwarna hitam, mata berwarna merah, dan kaki berwarna hitam. Dia merupakan seorang yang suka santai walaupun dia sering mengganggu Oggy seperti Dee Dee dan Joey. Dia juga mempunyai hobi seperti sering bermesra anak patung dan membaca buku ketika dia memiliki masa lapang. Dia juga mempunyai nafas yang berbau berbanding dengan rakan-rakan lipasnya, iaitu Joey dan Dee Dee.

Dee Dee

Dee Dee ialah seekor lipas yang paling muda dalam kalangan sekumpulan lipas dan mempunyai ciri-ciri fizikal seperti badan yang berwarna biru tua, kepala berwarna jingga, hidung berwarna hitam, mata berwarna hijau dan kaki berwarna hitam. Dia merupakan seekor lipas yang sering lapar, dan memiliki selera makan yang tinggi, termasuklah memakan objek bukan makanan seperti sofa dan peti sejuk. Dia juga mempunyai kaki yang sangat berbau hingga mampu menyebabkan objek yang terdapat dalam rumah Oggy menjadi cair disebabkan oleh kakinya yang menghasilkan jus yang sangat beracun.

Jack

Jack ialah seekor kucing yang mempunyai badan berwarna hijau tua, mata berwarna kuning, hidung berwarna merah, perut berwarna merah jambu, dan kaki berwarna putih. Dia memiliki karekter yang bersikap panas baran, tegas dan angkuh, dan mempunyai hobi dalam melakukan aktiviti fizikal. Dia juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Oggy dan sering mengambil berat terhadapnya. Dia turut sering tinggal dan tidur di rumah Oggy berbanding di rumahnya, dan memiliki sebuah jip hijau yang membolehkan dia dan Oggy pergi berjalan-jalan, bermandi di pantai dan memancing ikan.

Olivia

Olivia ialah seekor kucing putih yang dihiasi dengan reben berwarna kuning di kepalanya.Dia merupakan teman betina kepada Oggy dan kemudian dia telah berkahwin dengan Oggy seperti dalam episod Oggy Is Getting Married! Dia juga telah bergelar isteri kepada Oggy. Dia adalah seekor yang sangat mengambil berat terhadap gaya penampilannya.

Bob

Bob ialah seekor anjing berwarna perang yang ganas dan merupakan jiran kepada Oggy yang mempunyai masalah dalam menguruskan kemarahan yang teruk terhadap jirannya, terutamanya apabila Oggy, Jack, atau sekumpulan lipas yang melakukan sesuatu perkara sehingga secara tidak sengaja telah menimbulkan kemarahan terhadap jirannya, iaitu sama ada mencukur rambut atau memusnahkan rumahnya yang diakhiri dengan dia memukul Oggy atau Jack. Walau bagaimanapun, dia mempunyai hubungan persahabatan dengan jirannya setelah teman betina Oggy, iaitu Olivia menetap di kawasan persekitaran perumahannya.

Monica

Monica ialah seekor kucing badannya seperti Oggy, berwarna biru cerah (malap sedikit daripada Oggy), mempunyai rambut berwarna perang, mata berwarna merah jambu, sarung tangan berwarna putih dan mempunyai kasut roda berwarna merah jambu. Dia juga merupakan kakak kepada oggy dan mempunyai anak yang mukanya seakan Jack seperti dalam episod Oggy the Babysitter. Dia juga bersifat tomboyish dan agak lasak berbanding Oggy dan Jack. Dia juga suka permainan yang lasak dan sesuatu yang mencabar.

Pautan luar sunting

Templat:Lipas