Ognjen Vukojević

Pemain bola sepak

Ognjen Vukojević (lahir 20 Disember 1983) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk kelab Dinamo Zagreb secara pinjaman dari Dynamo Kiev dan pasukan kebangsaan Croatia. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Ognjen Vukojević
Maklumat peribadi
Nama penuh Ognjen Vukojević[1]
Tarikh lahir (1983-12-20) 20 Disember 1983 (umur 40)
Tempat lahir Bjelovar, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Dinamo Zagreb
(pinjaman dari Dynamo Kiev)
Nombor 55
Kerjaya remaja
Mladost Ždralovi
Bjelovar
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2003 Bjelovar 7 (0)
2003–2005 Slaven Belupo 53 (5)
2005 Lierse 9 (0)
2006–2008 Dinamo Zagreb 66 (11)
2008– Dynamo Kyiv 141 (10)
2013Spartak Moscow (pinjaman) 9 (0)
2014–Dinamo Zagreb (pinjaman) 1 (0)
Pasukan kebangsaan
2003–2005 Croatia B21 17 (3)
2007–2014 Croatia 55 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Ogos 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Jun 2014

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Vukojević mula bermain bola sepak di Mladost Ždralovi dan berpindah ke NK Bjelovar sebelum memulakan kerjaya profesional di Slaven Belupo pada 2003. Beliau kemudian berpindah ke kelab Belgium, Lierse S.K. pada 2005 tetapi tidak diberi peluang untuk bermain dan beliau terpaksa pulang semula ke Croatia pada Disember 2005 dan menandatangani kelab Dinamo Zagreb.

Dinamo Zagreb sunting

Vukojević membuat debut untuk Dinamo Zagreb ketika menang 3-0 ke atas Međimurje pada 4 Mac 2006.

Dalam musim luruh 2006, Vukojević membuat enam kemunculan Eropah untuk Dinamo Zagreb dan bermain keempat-empat perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara UEFA menentang Ekranas, Arsenal dan Auxerre. Beliau menjaringkan satu gol untuk Dinamo ketika menang 5-2 ke atas Ekranas.

Dalam musim 2007–08, Vukojević bermain 12 perlawanan Dinamo Zagreb di pentas Eropah dengan bermain enam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara dan enam lagi di Piala UEFA. Beliau menjaringkan empat gol di pentas Eropah. Di liga domestik pula, beliau menjaringkan 11 gol daripada 29 penampilan liga dan Dinamo memenangi trofi liga ketiganya. Dinamo juga memenangi Piala Croatia.

Dynamo Kyiv sunting

Pada 26 Mei 2008, Vukojević menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Ukraine, Dynamo Kiev.[2] Beliau membuat debut di Liga Perdana Ukraine pada 19 Julai 2008 ketika Dinamo Kiev menang 2-0 ke atas Illichivets.

Vukojević bermain empat perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara untuk Dinamo Kiev menentang Drogheda United dan Spartak Moscow. Dalam perlawanan pertamanya di Liga Juara-Juara menentang Arsenal, beliau dihadiahkan sepakan penalti selepas dikasari oleh [Bacary Sagna]] dan Ismaël Bangoura menjaringkan gol pembukaan Dinamo Kiev.[3]

Pada 4 Oktober 2008, Vukojević menjaringkan gol pertamanya untuk Dynamo Kyiv ketika pasukannya membelasah Kharkiv, 4-0 dalam saingan Liga Perdana Ukraine. Beliau muncul dalam enam perlawanan Liga Juara-Juara dan membantu kelabnya menghabiskan tempat ketiga untuk layak ke Liga Europa. Beliau meledak gol pertamanya di pentas Eropah pada 12 Mac 2009 dalam perlawanan pertama pusingan 16 menentang Metalist Kharkiv. Beliau terlepas perlawanan kedua akibat beliau memilki dua kad kuning dan Dynamo menang melalui gol lawan dan melangkah ke suku akhir. Ketika perlawanan kedua suku akhir menentang Paris Saint Germain, beliau menjaringkan gol akhir perlawanan, 3-0 dan Dynamo melangkah ke separuh akhir dengan agregat 3-0.[4]

Selepas kehilangan posisinya di Dynamo Kyiv, Vukojević kemudian dipinjam ke Spartak Moscow sehingga penghujung musim 2012–13.

Pada 11 Ogos 2014, Vukojević sertai semula kelab lamanya, Dinamo Zagreb secara pinjaman.

Kerjaya antarabangsa sunting

Vukojević dipanggil untuk sertai pasukan kebangsaan Croatia pada Ogos 2007. Beliau membuat debut antarabangsa untuk Croatia pada 16 Oktober 2007 dalam perlawanan persahabatan menentang Slovakia. Beliau memasuki padang pada separuh masa kedua dan menjaringkan gol pertama antarabangsanya dua minit selepas separuh masa kedua bermula untuk memberikan kedudukan selesa 2-0 dan keputusannya Croatia menang 3-0.

Vukojević sebahagian daripada skuad Croatia yang beraksi di UEFA Euro 2008 dan beliau bermain sebanyak dua perlawanan untuk pasukan kebangsaannya. Beliau menggantikan Ivica Olić dalam perlawanan pembukaan menentang Austria dan beliau bermain 90 minit penuh ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Poland di mana Croatia menang tipis 1-0.

Pada 27 Jun 2014, Vukojević mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa.[5]

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
16 Oktober 2007 Rijeka, Croatia   Slovakia
2–0
3–0
Persahabatan
2
14 Oktober 2009 Astana, Kazakhstan   Kazakhstan
0–1
1-2
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
3
2 September 2011 Ta' Qali, Malta   Malta
0–1
1–3
Kelayakan UEFA Euro 2012
4
25 Mei 2012 Pula, Croatia   Estonia
3–0
3–1
Persahabatan

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Dinamo Zagreb
Dynamo Kyiv

Rujukan sunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 12. Dicapai pada 8 July 2014.
  2. ^ "Vukojević destined for Dynamo". UEFA. 26 May 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-21. Dicapai pada 2008-10-06.
  3. ^ "Gallas late show saves Arsenal in Kiev". UEFA. 17 September 2008. Dicapai pada 2008-10-06.
  4. ^ "Vukojević strike rewards Dynamo's dynamism". UEFA. 12 March 2009. Dicapai pada 2009-03-20.
  5. ^ "Vukojevic retirement from the Croatian national team". Index.hr. 27 June 2014. Dicapai pada 2014-06-27.

Templat:Skuad FC Dynamo Kiev