Omar Saleh Omar Ferwana (Arab: عمر فروانة; 7 Februari 1956 – 15 Oktober 2023) adalah seorang pakar ginekologi dan penyelidik Palestin. Beliau bekerja sebagai dekan dan penolong profesor di Fakulti Perubatan, Universiti Islam Gaza.

Omar Ferwana
عمر فروانة
Kelahiran
Omar Saleh Omar Ferwana

(1956-02-07)7 Februari 1956
Meninggal dunia15 Oktober 2023(2023-10-15) (umur 67)
Nama lainO S Ferwana, Ferwana OS
PekerjaanPakar Ginakologi dan Penyelidik

Biografi sunting

Ferwana dilahirkan di Sabra, Gaza pada 7 Februari 1956. Beliau mendapat pendidikan di Fakulti Perubatan, Universiti Kaherah, di mana beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan pada tahun 1982, kemudian beliau menjadi pakar dalam bidang obstetrik dan ginekologi. [1] Beliau memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang fisiologi dari University of Leeds. [1] Beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah dalam Persatuan Rakan Pesakit-Gaza. [2]

Pada 17 Disember 1992, beliau telah diusir oleh Israel bersama 414 orang tokoh terkemuka Hamas dan Jihad Islam yang lain ke Marj al-Zohour di selatan Lubnan, di luar Zon Keselamatan Israel. [3] [4] Ferwana berada di sana untuk mengendalikan jawatankuasa perubatan, dan dia turut menguruskan klinik di sana. [5]

Patut diberi perhatian bahawa bapanya merupakan seorang penyair Palestin iaitu Saleh Omar Ferwana ( Arab: صالح عمر فراونة  ; 1936 – 10 Mac 2013). [6] Beliau menerbitkan sebuah diwan bertajuk “Mufradāt Filasṭīnīyah” ( Arab: مفردات فلسطينية ) pada tahun 2004, dan bahagian keduanya pula pada tahun 2011. [7]

Pada 15 Oktober 2023, dia, isteri, anak dan cucunya terbunuh semasa serangan udara yang dilepaskan oleh Tentera Udara Israel ke atas rumahnya yang terletak di Tel al-Hawa, barat daya Bandar Gaza, semasa tindak balas Israel terhadap serangan Hamas ke atas Israel. [8] [9]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "عمر فروانة: أستاذ مساعد علم وظائف الأعضاء". Islamic University of Gaza (dalam bahasa Arab). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 October 2023. Dicapai pada 15 October 2023.
  2. ^ "جمعية أصدقاء المريض: استرجعنا أموال المرضى بالقانون". moi.gov.ps (dalam bahasa Arab). 3 May 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2023. Dicapai pada 15 October 2023.
  3. ^ Clyde Haberman (19 December 1992). "400 Arabs Ousted by Israel Are Mired in Frozen Limbo". New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2023. Dicapai pada 15 October 2023.
  4. ^ "30 عامًا على الإبعاد إلى مرج الزهور." Al-Aqsa voice (dalam bahasa Arab). 17 December 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2023. Dicapai pada 15 October 2023.
  5. ^ Al-Borini, Hosni (2012). مرج الزهور: محطة في تاريخ الحركة الإسلامية في فلسطين (dalam bahasa Arab) (ed. 1st). Al-Zaytouna Centre for Studies and Consultations. m/s. 147. ISBN 978-9953-500-73-7.
  6. ^ "غزة- عميد عائلة فروانة الحاج صالح عمر فروانة في ذمة الله". Elagha. 10 March 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2023. Dicapai pada 15 October 2023.
  7. ^ Al-Arawi, Muhannad (27 March 2011). ""مفردات فلسطينية" لصالح فروانة - ديوان العرب". Diwan Al-Arab. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2023. Dicapai pada 15 October 2023.
  8. ^ "Al-Qassams media figures family killed by an Israeli airstrike in Gaza". LBC (dalam bahasa Inggeris). 15 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2023. Dicapai pada 15 October 2023.
  9. ^ "تحديث: اغتيال الدكتور عمر فروانة وأسرته". Hadarat - For Political & Strategic Studies (dalam bahasa Arab). 15 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2023. Dicapai pada 15 October 2023.