Omega (Yunani: ωμέγα, rumi: ōméga[1] - huruf besar Ω, huruf kecil ω) ialah huruf ke-24 dalam abjad Yunani. Dalam sistem nombor Yunani, nu mempunyai nilai 800. Perkataan omega maksudnya "O besar" (ō mega, mega maksudnya "besar"), berbanding omikron yang bermaksud "O kecil" (o mikron, micron maksudnya "kecil").[2]

Dalam bidang fizik, omega digunakan sebagai simbol ohm—unit SI bagi rintangan elektrik.

Omega juga digunakan dalam nama-nama asid lemak tak tepu—omega-3, omega-6, dan omega-9.

Rujukan sunting

  1. ^ "Ω, ω". Dictionary of Standard Modern Greek. Centre for the Greek Language. 2008.
  2. ^ The Greek Alphabet