One Republic (juga digelar sebagai OneRepublic) ialah kugiran pop rock Amerika yang dibentuk dan berasal dari Colorado Springs, Colorado[2] pada tahun 2002. Ahli mereka terdiri daripada vokalis utama, Ryan Tedder, gitaris Zach Filkins dan Drew Brown, pemain bass dan selo Brent Kutzle, dan pemain drum Eddie Fisher. Kumpulan ini mula dikenali melalui laman sosial Myspace.[3] Pada penghujung 2003, selepas OneRepublic mengadakan persembahan di sepanjang Los Angeles, mereka akhirnya bersetuju menandatangani kontrak dengan Velvet Hammer, sebuah rekod label di bawah Columbia Records. Album pertama mereka diterbitkan oleh Greg Wells semasa musim panas dan luruh pada tahun 2005 di studionya, Rocket Carousel, di Bandar Culver, California. Album yang sepatutnya diterbitkan pada 6 Jun 2006, terpaksa ditangguhkan selama dua bulan. Single pertama album terseut, "Apologize", diterbitkan pada 30 April 2006, melalui laman Myspace telah menerima reaksi positif peminat dan mengungguli tempat pertama carta Myspace tersebut.

One Republic
OneRepublic mengadakan persembahan di Toronto, Kanada pada 2017.
Latar belakang
Berasal dariColorado Springs, Colorado, Amerika Syarikat
Genre
Tahun aktif1996, 2002–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
onerepublic.com
Ahli
Bekas ahli

Pada 2007, OneRepublic menerbitkan album debut mereka, Dreaming Out Loud. Single pertama, "Apologize", telah diremixkan oleh Timbaland, menjadi perhatian antarabangsa, mencapai tempat pertama di enam belas buah negara menyebabkan mereka memenangi pencalonan Grammy Award.[4] Single kedua, "Stop and Stare", juga menempah kejayaan yang sama. Album tersebut kemudian dianugerahkan pengiktirafan Platinum oleh Recording Industry Association of America (RIAA). Album kedua mereka, Waking Up (2009), yang mengandungi lagu-lagu seperti "All the Right Moves", "Secrets", "Marchin On", dan "Good Life", disenaraikan sebagai sepuluh lagu teratas oleh US Billboard Hot 100.

Album ketiga OneRepublic, Native (2013), menjadi album sepuluh teratas oleh Billboard 200. Lagu "If I Lose Myself", disenaraikan bersama sepuluh lagu teratas di beberapa negara, manakala single ketiga, "Counting Stars", disenaraikan sebagai antara lima lagu teratas di negara-negara seperti Australia, Kanada, Jerman, Ireland, New Zealand, Amerika Syarikat dan United Kingdom. ia juga mendapat tempat kedua pada US Billboard Hot 100, menyamai kejayaan "Apologize" pada 2007.

Pada 7 Oktober 2016, OneRepublic menerbitkan album studio keempat mereka Oh My My, yang menampilkan kolaborasi bersama artis lain, termasuklah Cassius, Peter Gabriel, dan Santigold. Pelbagai single diterbitkan, antaranya "Wherever I Go", pada 13 Mei 2016, kemudian "Kids", diterbitkan pada 12 Ogos 2016, yang dianggap sebagai perubahan pada penghasilan bunyi yang berbeza berbanding lagu-lagu dari album-album terdahulu. Hal ini menimbulkan kritikan peminat terhadap mereka. Pada 2017, mereka menghasilkan single "No Vacancy", "Truth to Power", "Stranger Things" bersama Kygo dan "Rich Love". Kini, OneRepublic telah menjual lebih 10 juta rekod di serata dunia.

Ahli kumpulan sunting

Ahli terkini
  • Ryan Tedder – Vokalis utama, gitar, piano, keyboards, percussion (2002–kini)
  • Zach Filkins – gitar, biola, suara latar (2002–kini)
  • Drew Brown – gitar, suara latar, piano, keyboards, percussion (2002–kini)
  • Eddie Fisher – pemain drum, percussion, gitar (2005–kini)
  • Brent Kutzle – bass, selo, suara latar, piano, keyboards, gitar (2007–kini)
Ahli jelajah
  • Brian Willett – keyboards, suara latar, drum, percussion (2012–kini)
Bekas ahli
  • Jerrod Bettis – dram, percussion (2002–05)
  • Tim Myers – bass, gitar (2002–07)

Garis masa sunting

Diskografi sunting

Album Studio sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Heifetz, Elliah (2015). "OneRepublic – Native". MusicOMH. Dicapai pada Mei 22, 2015.
  2. ^ Templat:Cite nnews
  3. ^ "Talking Shop: Ryan Tedder". BBC News Entertainment. November 6, 2007.
  4. ^ "BBC – Music – OneRepublic". BBC.

Pautan luar sunting

Templat:OneRepublic