Artikel ini ialah tentang Orochimaru, musuh ketat kepada Jiraiya dalam cerita rakyat "Jiraiya Goketsu Monogatari". Untuk watak Orochimaru yang terdapat dalam siri anime dan manga Naruto, lihat Orochimaru (Naruto).
Orochimaru

Orochimaru (大蛇丸), ialah musuh ketat kepada ninja Jiraiya dalam cerita rakyat Jepun Jiraiya Goketsu Monogatari (児雷也豪傑物語, "Kisah Jiraiya Yang Gagah Berani"). Dia dahulu dikenali sebagai Yashagorō (夜叉五郎) dan salah seorang daripada pengikut Jiraiya, tetapi dia terpengaruh dengan kuasa sihir ular. Dia menukar namanya kepada "Orochimaru" dan berjaya memperoleh kebolehan untuk bertukar menjadi seekor ular gergasi. Dia menyerang Jiraiya dan isterinya Tsunade dan menewaskan mereka dengan bisanya (pengikut Jiraiya yang lain menyelamatkan pasangan ini kemudian). "Orochi" ialah nama ular berkepala lapan dalam mitologi Jepun. Kanji (大蛇, disebut sebagai daija) bermaksud "ular gergasi" atau "ular".

Pautan luarSunting