Oroseira (Bahasa Yunani Kuno: ὀροσειρά; bermaksud "banjaran gunung") ialah nama untuk tempoh geologi ketiga dalam Era Paleoproterozoik dan menjangkau masa 2050 juta tahun dahulu (jtd) hingga 1800 jtd.[2] Tempoh masa ini ditakrifkan secara kronometrik berbanding berdasarkan stratigrafi.

Oroseira
2050 – 1800 Ma
</noinclude>
Peta Bumi sewaktu awal tempoh Orosira, sekitar 2 Ga
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDitakrifkan secara kronometrik
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA1991[1]
Takrif sempadan atasDitakrifkan secara kronometrik
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA1991[1]
Struktur hentaman Vredefort dipercayai telah terbentuk dalam tempoh ini

Separuh akhir tempoh itu merupakan suatu episod orogeni intensif yang berlaku di hampir semua benua.

Dua peristiwa impak terbesar yang diketahui di Bumi berlaku semasa tempoh Oroseira. Pada awal tempoh sekitar 2023 jtd, pelanggaran asteroid yang besar mencipta struktur hentaman Vredefort. Peristiwa yang mencipta struktur Lembangan Sudbury berlaku pada penghujung tempoh sekitar 1850 jtd.

Terdapat tempoh masa alternatif antara kira-kira 2060 sehingga 1780 jtd yang ditentukan berdasarkan stratigrafi bukannya kronometri yang dinamakan sebagai tempoh Kolumbia. Nama alternatif tempoh geologi ini telah dicadangkan sewaktu tinjauan skala masa geologi 2012 yang disunting oleh Gradstein et al.,[3] tetapi sehingga ke Februari 2022 perkara ini belum diterima pakai secara rasmi oleh IUGS.

Paleogeografi sunting

Superbenua Kolumbia terbentuk pada penghujung tempoh ini.

Rujukan sunting

  • "Orosirian Period". GeoWhen Database. Dicapai pada July 8, 2011.
  • James G. Ogg (2004). "Status on Divisions of the International Geologic Time Scale". Lethaia. 37 (2): 183–199. doi:10.1080/00241160410006492.
  1. ^ a b Plumb, K. A. (June 1, 1991). "New Precambrian time scale". Episodes. 14 (2): 139–140. doi:10.18814/epiiugs/1991/v14i2/005.
  2. ^ David Huddart; Tim Stott (16 April 2013). Earth Environments: Past, Present and Future. John Wiley & Sons. m/s. 1599–. ISBN 978-1-118-68812-0.
  3. ^ Gradstein, F.M.; dll., penyunting (2012). The Geologic Time Scale 2012. 1. Elsevier. m/s. 361–365. ISBN 978-0-44-459390-0.