Oskulum merupakan struktur perkumuhan dalam bunga karang hidup, bukaan besar ke luar yang melaluinya arus air keluar selepas melalui spongoselom [en]. Bahan buangan meresap ke dalam air dan air dipam melalui oskulum membawa bersamanya sisa span. Span mengepam sejumlah air yang banyak; biasanya isi padu air yang sama dengan saiz badan span dipam setiap lima saat. Saiz oskulum dikawal oleh miosit kontraktil. Saiznya pula merupakan salah satu faktor yang menentukan jumlah air yang mengalir melalui span. Ia boleh ditutup sepenuhnya sebagai tindak balas kepada kelodak yang berlebihan di dalam air. [1]

Oskulum

Rujukan sunting

  1. ^ Ruppert, Edward E.; Fox, Richard, S.; Barnes, Robert D. (2004). Invertebrate Zoology, 7th edition. Cengage Learning. m/s. 79–83. ISBN 978-81-315-0104-7.