Buka menu utama
Pakar otolaringologi melakukan pembedahan di hidung.

Otorinolaringologi atau otolaringologi ialah cabang perubatan dan pembedahan yang tertumpu terhadap telinga, hidung dan tekak (THT, ear, nose and throat, ENT) serta yang berkaitan dengan leher dan kepala. Bidang ini menumpukan terhadap penyakit dan pembedahan seperti mengeluarkan sel barah di bahagian badan tersebut.

Perkataan "otorinolaringologi" berasal daripada gabungan beberapa perkataan Yunani purba, οὖς ous, "telinga", ῥίς rhis, "hidung", λάρυγξ larynx, "larinks" dan -λογία logia, "kajian" (otorhinolaryngology dalam bahasa Inggeris).[1]

RujukanSunting

  1. ^ "otolaryngologist" entry in: Peter Harris, Sue Nagy, Nicholas Vardaxis, Mosby's Dictionary of Medicine, Nursing & Health Professions - Australian & New Zealand Edition, Elsevier Health Sciences, 2009.

Pautan luarSunting