Overtur
Overtur (bahasa Inggeris: Overture ; Perancis: Ouverture ; Bahasa Jerman Ouvertüre, Vorspiel; Itali: Overtura ; yakni "pembukaan") dalam muzik ialah istilah yang pada mulanya digunakan bagi pembukaan instrumental sesebuah persembahan Opera. [1] Para penggubah seperti Beethoven dan Mendelssohn mula menggunakan istilah itu buat karya instrumental bebas, yang berdiri sendiri dan terprogram yang menandakan genre seperti puisi simfoni, pada Zaman Romantik. Muzik ini digubal untuk dimainkan pada permulaan program muzik. [2]