Peringkat Sihir Biasa

(Dilencongkan dari P.S.B.)

Peringkat Sihir Biasa atau P.S.B. yang merupakan sebuah peperiksaan awam yang akan diambil oleh setiap pelajar sihir tahun kelima di Sekolah Sihir Hogwarts. Ia merupakan terjemahan kepada O.W.L. iaitu Ordinary Wizarding Level. Para pelajar akan mengambil ujian bertulis dan amali bagi setiap mata pelajaran (kecuali subjek Sejarah Sihir yang hanya mempunyai kertas bertulis). Pemeriksa luar iaitu Pihak Berkuasa Peperiksaan Sihir akan dipanggil untuk menilai pencapaian pelajar dalam ujian amali.

Ujian bertulis di adakan di Dewan Besar dan ujian amali diadakan di tempat-tempat tertentu bergantung kepada subjek itu sendiri. Barang-barang yang di larang di dalam peperiksaan ialah:

  • Pena Bulu Pelepah Jawab Sendiri
  • Remembrall
  • Manset Meniru Boleh Dikesan
  • Dakwat Membuat Pembetulan Sendiri

Peperiksaan ini boleh dibandingkan dengan peperiksaan Muggle iaitu S.P.M. di Malaysia yang mewajibkan semua pelajar mendudukinya. Walau bagaimanapun, P.S.B. menekankan pendidikan selama 5 tahun manakala S.P.M. walaupun diambil pada tahun kelima dalam sistem sekolah menengah, peperiksaan itu mengambil kira pendidikan selama 2 tahun sahaja.

Mata pelajaran yang ditawar sunting

P.S.B. boleh diambil bagi mata pelajaran yang ditawarkan (yang semuanya diajar di Hogwarts):

Subjek wajib: Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, Posyen, Transfigurasi, Sejarah Sihir, mantera, Astronomi dan Herbologi.

Subjek elektif: Arithmansi, Tulisan Purba, Peramalan, Perjagaan Makhluk Ajaib dan Pengajian Muggle. Pelajar mesti mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif bermula Tahun Ketiga.

Pemarkahan sunting

Apabila seseorang pelajar lulus P.S.B., dia dikatakan mempeolehi satu "Peringkat Sihir Biasa" (P.S.B.) dalam bidang sihir tersebut.

P.S.B. dinilai melaui skala gred berikut:

Gred lulus:

  • C = Cemerlang
  • B = Baik
  • A = Agak Baik

Gred gagal:

  • L = Lemah
  • D = Dahsyat
  • T = Trol (Gagal teruk)

Pada empat tahun pertama, lazimnya pelajar dikehendaki meluluskan mata pelajaran yang diambil sebelum melangkah ke tahap yang lebih tinggi pada tahun mendatang.

Lihat juga sunting