Padi emas atau beras emas atau Golden rice adalah kultivar padi transgenik hasil kejuruteraan genetik yang berasnya mengandung beta-karotena (pro-vitamin A) pada bahagian endospermanya.[1] Kandungan beta-karotena ini menyebabkan warna beras tersebut kelihatan kuning-jingga[2] sehingga kultivarnya dinamakan 'Golden Rice' ("Padi emas"). Pada jenis liar (normal), endosperma padi tidak menghasilkan beta-karotena dan akan berwarna putih hingga putih kusam. Di dalam tubuh manusia, beta-karotena akan diubah menjadi vitamin A.[2]

Beras emas (kanan) berbanding beras putih (kiri)

Kultivar padi ini dibuat untuk mengatasi kekurangan vitamin A yang masih tinggi pada kanak-kanak, terutama di wilayah Asia dan Afrika. Nasi menjadi makanan ruji bagi sebahagian besar warga di sana, dan kemiskinan sering kali tidak membolehkan penyediaan sayur-sayuran atau buah-buahan yang biasa menjadi sumber provitamin-A dalam menu makanan harian.[1]

Proses kejuruteraan genetik sunting

 
Laluan biosintesis beta-karotena serta gen-gen yang terlibat di dalam pembentukkannya. Hanya likopen siklas (Lycopene cyclase) yang tidak diperkenalkan dari sumber asing.

Padi emas dibangunkan oleh Ingo Potrykus dari ETH Zurich dan Peter Beyer dari Universiti Freiburg.[2] Untuk membentuk padi ini, dua gen dari spesies bukan padi digunakan, iaitu gen crt1 daripada bakteria Erwinia uredovora dan gen psy daripada tanaman narsis atau daffodil (Narcissus pseudonarcissus). Kultivar 'Golden Rice 2', generasi berikutnya, menggunakan gen psy daripada jagung (Zea mays) kerana lebih kuat ekspresinya.[3][4][5]

Pada sekitar tahun 1990 sekumpulan saintis Jepun berjaya mengasingkan gen pengekod biosintesis karotenoid, crt1, dari bakteria tanah, Erwinia uredovora.[1] Dari penelitian tersebut diketahui bahawa enzim fitoena (phytoene) desaturase yang dihasilkan bakteria tersebut dapat mengubah fitoena menjadi likopen. Fitoena merupakan sebatian pada biosintesis beta-karoten.[1] Beberapa tahun selepas itu diketahui bahawa endosperma pada bulir padi mengandung geranilgeranil-difosfat (GGDP), bahan asas untuk biosintesis beta-karoten.[6] GGDP dapat diubah menjadi fitoena dengan bantuan enzim fitoena sintas yang dikod oleh gen psy. Sayangnya, secara semulajadi pada padi ekspresi gen psy tersebut teredam sehingga tidak terbentuk fitoena.[1] Dengan memasukkan konstruk gen Crt1 dari E. uredovora dan gen psy dari narsis (sejenis tanaman hiasan yang bunganya berwarna kuning atau jingga) ke dalam genom padi, geranilgeranil difosfat diubah menjadi fitoena dan selanjutnya diubah lagi menjadi likopen.[1] Gen pengekod likopen siklas (Lcl) yang bertugas menjadi pemangkin perubahan likopen menjadi beta-karoten telah tersedia pada padi.

Kontroversi sunting

Kehadiran padi emas tidak diterima sepenuhnya oleh masyarakat dunia.[7] Sebahagian masyarakat tidak bersetuju dengan penanaman padi emas kerana adanya kebimbangan akan berlakunya perubahan ekosistem.[7] Mereka takut padi emas yang ditanam dapat merebakkan sifat mutasinya ke tumbuh-tumbuhan semulajadi lain.[7] Hal ini mungkin terjadi apabila padi emas ditanam bersama padi jenis lain dalam satu kawasan yang berdekatan sehingga debunga padi emas dapat bersenyawa dengan padi lain.[7] Hal lain yang ditakuti adalah apabila sifat yang dicipta oleh saintis ternyata boleh berubah dan menyimpang jauh dari yang diharapkan.[7] Masyarakat juga takut memakan padi emas kerana takut akan membahayakan kesihatan.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f M. Suudi. "Golden Rice: Dulu, Kini, dan Nanti". LIPI. Dicapai pada 2010-5-17. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ a b c "Informasi Ringkas Teknologi Padi: Padi Emas" (PDF). IRRI Rice Knowledge Bank (bahan oleh Gerard Barry). Juni 2007. Dicapai pada 17 Mei 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |first= missing |last= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ (Inggeris) Golden Rice Humanitarian Board (2001). "Golden rice: Sustainable bbiofortification for the poor rular population" (PDF). Dicapai pada 2010-5-17. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ (Inggeris) Peter Beyer, Salim Al-Babili, Xudong Ye, Paola Lucca, Patrick Schaub, Ralf Welsch, Ingo Potrykus. "Golden Rice: Introducing the Beta-Carotene Biosynthesis Pathway into Rice Endosperm by Genetic Engineering to Defeat Vitamin A Deficiency". Journal of Nutrition: 506–510. Dicapai pada 2010-5-17. Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Paine, JA (2005-3-27). "Improving the nutritional value of Golden Rice through increased pro-vitamin A content". Nature Biotechnology. 23 (4): 482–5. doi:10.1038/nbt1082. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  6. ^ Suprihati (15 Agustus 2008). "Golden Rice untuk Kesejahteraan Petani". Suara Merdeka. Dicapai pada 17 Mei 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ a b c d e f Richardus Widodo (23 April 2008). "Kontroversi Pangan Rekayasa Genetik". Universitas 17 Agustus 1945 Surabaya. Dicapai pada 17 Mei 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar sunting