Paku larat

spesies tumbuhan

Pokok Paku Larat ialah satu spesies pakis dalam famili Davalliaceae yang berasal dari kawasan tropika. Pokok ini amat biasa didapati di atas lantai hutan dalam bentuk belukar padat. Nama botaninya Nephrolepis biserrata.

Paku larat
frames
Paku larat
Pengelasan saintifik

Ciri-ciri fizikal sunting

Batang Pokok Paku Larat pendek sahaja dan tegak. Nama botani batang ini rizom. Ciri-ciri fizikal yang lain adalah seperti berikut:

  • Daun: Juga digelarkan pelepah, daun ini dibahagikan kepada daun-daun kecil yang mempunyai sorus-sorus (sporangium) yang berwarna perang di permukaan bawah daun. Sorus-sorus ini berbentuk bintik-bintik timbul dan mengandungi spora-spora yang amat kecil. Spora-spora yang juga berwarna perang akan tumbuh menjadi pokok-pokok pakis baru.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.