Pan European Game Information
Pan European Game Information (PEGI) merupakan sebuah organisasi Eropah yang memilih kadaran ke atas sesuatu permainan video dan perisian di Eropah berdasarkan logo di kotak permainan video. Dihasilkan oleh Persekutuan Perisian Interaktif Eropah (ISFE) dan mula dirujuk pada bulan April 2003; PEGI telah menggantikan kebanyakan sistem kadaran umur dengan sebuah sistem Eropah. Kini sistem PEGI digunakan dalam lebih daripada tiga puluh negara dan berdasarkan tatasusila, iaitu sebuah set peraturan di mana setiap penerbit menggunakan sistem PEGI adalah terlibat secara kontrak. Peraturan diri PEGI terdiri daripada 5 buah kategori umur dan 8 buah huraian tentang kandungan yang menjelaskan kesesuaian dan kandungan sesebuah permainan video untuk umur-umur tertentu berdasarkan kandungan permainannya. [1] Kadaran umur ini tidak memberi indikasi terhadap tahap kesukaran sesebuah judul permainan video itu mahupun kemahiran yang diperlukan untuk bermain.[2]
Pan European Game Information | |
---|---|
![]() Logo PEGI | |
Singkatan | PEGI |
Pembentukan | April 2003 |
Tujuan | Klasifikasi permainan video |
Organisasi induk | Persekutuan Perisian Interaktif Eropah |
Laman web rasmi | http://www.pegi.info |
RujukanSunting
- ^ www.pegi.info/en/ Laman web PEGI
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-21. Dicapai pada 2010-07-10.
Pautan luarSunting
- (Inggeris) Laman web rasmi
- (Inggeris) Laman web rasmi untuk permainan video online
- (Inggeris) Laman web ISFE
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.