Pangkat dalam jujutsu Brazil

Sistem ranking jujutsu Brazil menandakan peningkatan tahap pengetahuan teknikal dan kemahiran praktikal pengamal dalam bidang seni pertahanan tersebut. Tali pinggang berwarna yang dipakai sebagai sebahagian daripada pakaian seragam diberikan kepada pengamal. Sistem ranking berkongsi asal usulnya dengan sistem pangkat tali pinggang judo, tetapi sistem Brazil menggabungkan beberapa perbezaan kecil daripada Judo, seperti pembahagian antara belia dan dewasa serta pengeluaran jalur dan darjat. Beberapa perbezaan telah menjadi sinonim dengan jujutsu, seperti tidak formal yang ketara dalam kriteria promosi, tumpuan pada demonstrasi kemahiran yang kompetitif, dan pemangkatan yang konservatif.[1][2]

Sejarah sunting

Pada tahun 1907, Kanō Jigorō, pengasas judo, memperkenalkan penggunaan tali pinggang (obi) dan gi (judogi; pakaian seragam) dalam seni mempertahankan diri, menggantikan latihan dalam kimono formal.[3] Pada tahun 1914, murid Kanō, Mitsuyo Maeda tiba di Brazil, sebuah perjalanan yang membawa kepada perkembangan jujutsu Brazil. Pada masa itu, Kanō hanya menggunakan tali pinggang putih dan hitam.[3]

Ada yang percaya bahawa Mikonosuke Kawaishi adalah orang pertama yang memperkenalkan warna tambahan pada tahun 1935 apabila beliau mula mengajar judo di Paris, sepuluh tahun selepas Carlos Gracie membuka akademinya di Brazil. Kawaishi berpendapat bahawa sistem tali pinggang berwarna yang lebih berstruktur akan memberikan pelajar ganjaran yang boleh dilihat untuk menunjukkan kemajuan, meningkatkan motivasi dan pengekalan.[4] Walau bagaimanapun, rekod bertulis daripada arkib kelab judo Budokwai London, yang diasaskan pada 1918, merekodkan penggunaan tali pinggang judo berwarna dalam pertunjukan Budokwai tahunan kesembilan pada 1926, dan senarai judoka berpangkat warna muncul dalam Minit Jawatankuasa Budokwai Jun 1927. Kawaishi mungkin telah tiba di UK pada tahun 1928, dan nampaknya pertama kali melawat London dan Budokwai pada 1931. Dari situ, beliau mungkin mendapat inspirasi untuk membawa sistem tali pinggang berwarna ke Perancis.[5] Sejak itu, pengamal jujutsu Brazil, judo, dan banyak lagi seni mempertahankan diri telah menggunakan tali pinggang berwarna untuk menandakan kemajuan pelajar dalam seni.[6]

Sebelum 1960-an, hanya tiga warna tali pinggang dalam jujutsu Brazil yang secara utamanya membezakan pengajar daripada pelajar:[7] tali pinggang putih kepada pelajar, biru muda kepada pengajar, dan biru tua bagi golongan profesional.[8] Persekutuan Antarabangsa Jujutsu Sport (SJJIF) dan Persekutuan Jujutsu Brazil Antarabangsa menetapkan kebanyakan kriteria dan kedudukan tali pinggang semasa.

Tali pinggang dewasa sunting

Warna tali pinggang dewasa
(umur 16 tahun dan lebih)
Putih  
Biru  
Ungu  
Perang  
Hitam 0–6      
Karang 7  
Karang 8    
Merah 9–10  

Tali pinggang putih sunting

Tali pinggang putih adalah peringkat permulaan untuk semua pelajar jujutsu Brazil. Pangkat itu dipegang oleh mana-mana pengamal baru dalam jujutsu, dan tidak mempunyai prasyarat.[9] Sesetengah pengajar dan pengamal peringkat tinggi lain berpendapat bahawa latihan tali pinggang putih harus menekankan ilmu larikan diri dan pertahanan kerana tali pinggang putih selalunya akan melawan dari kedudukan yang lebih rendah, terutamanya apabila berlatih dengan pengamal yang lebih berpengalaman.[10]

Kebanyakan akademi juga memerlukan pengamal tahap tali pinggang putih bekerja untuk mendapatkan set kemahiran yang lengkap, dengan pengetahuan tentang gerakan serangan asas, seperti penyerahan biasa dan pas pengawal.[11][12]

Tali pinggang biru sunting

Tali pinggang biru ialah pangkat dewasa kedua dalam jujutsu Brazil di tempat latihan yang tidak menggunakan tali pinggang kuning, oren dan hijau untuk orang dewasa.[13] Dalam tahap tali pinggang biru, pelajar memperoleh pengetahuan teknikal yang luas, dan mengambil masa ratusan jam untuk mempelajari cara melaksanakan gerakan ini dengan cekap.[14] Tali pinggang biru selalunya merupakan pangkat di mana pelajar mempelajari sejumlah besar teknik.[15] IBJJF memerlukan pengamal kekal sebagai tali pinggang biru selama sekurang-kurangnya dua tahun sebelum maju ke tali pinggang ungu.[16] Setakat 2022, IBJJF membenarkan jurulatih mengabaikan keperluan masa minimum ini jika pengamal telah memenangi kejohanan dunia dewasa dengan tali pinggang biru.[17]

Walaupun banyak organisasi jiu-jitsu Brazil mematuhi piawaian IBJJF untuk menganugerahkan tali pinggang kuning, oren dan hijau secara eksklusif sebagai sebahagian daripada sistem tali pinggang belia (bawah 16 tahun), sesetengahnya menambah masa antara tali pinggang putih dan tali pinggang biru dengan satu atau lebih tali pinggang warna ini dengan pengamal dewasa juga.[18][19]

IBJJF memerlukan pengamal berumur sekurang-kurangnya 16 tahun untuk menerima tali pinggang biru, dengan itu secara rasmi memasuki sistem tali pinggang dewasa.

Tali pinggang ungu sunting

Tali pinggang ungu ialah kedudukan dewasa pertengahan dalam jujutsu Brazil.[20] Pengamal tahap tali pinggang ungu telah memperoleh sejumlah besar pengetahuan dan tali pinggang ungu secara amnya dianggap layak untuk membantu mengajar pelajar peringkat rendah.

IBJJF menghendaki pelajar berumur sekurang-kurangnya 16 tahun, dan mengesyorkan mereka telah menghabiskan sekurang-kurangnya dua tahun di peringkat biru agar layak mendapat tali pinggang ungu, dengan syarat yang sedikit berbeza bagi mereka yang lulus terus dari tali pinggang belia.[21] IBJJF memerlukan pengamal kekal sebagai tali pinggang ungu selama sekurang-kurangnya 18 bulan sebelum mencapai tali pinggang perang.[22] Sehingga 2022, IBJJF membenarkan jurulatih mengabaikan keperluan masa minimum ini jika pengamal telah memenangi kejohanan dunia dewasa dengan tali pinggang ungu.[23]

Tali pinggang perang sunting

Tali pinggang perang ialah tali pinggang warna kedudukan tertinggi di bawah tali pinggang hitam dalam jiu-jitsu Brazil.[24] Kemajuan daripada tali pinggang putih pemula kepada tali pinggang coklat biasanya memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun latihan khusus.[25] Ia sering dianggap sebagai masa untuk mengelokkan lagi teknik seni.[26]

IBJJF memerlukan pelajar berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan mengesyorkan mereka telah menghabiskan sekurang-kurangnya 18 bulan dalam pangkat ungu untuk layak mendapat tali pinggang perang.[27] IBJJF memerlukan seorang pengamal untuk berlatih pada tahap tali pinggang perang untuk sekurang-kurangnya satu tahun sebelum naik ke tali pinggang hitam.[28] Sehingga 2022, IBJJF membenarkan jurulatih mengabaikan keperluan masa minimum ini jika pengamal telah memenangi kejohanan dunia dewasa dengan tali pinggang coklat.[29]

Tali pinggang hitam sunting

Dalam jujutsu Brazil, tali pinggang hitam menandakan tahap pakar dalam kemahiran teknikal dan praktikal.[30] Pengamal bertali pinggang hitam sering disebut dalam bidang seni sebagai "profesor" atau "jurulatih", walaupun sesetengah sekolah dan organisasi menyimpan gelaran ini bagi pelatih pangkat hitam yang lebih senior.[31][32][33] Untuk layak mendapat tali pinggang hitam, IBJJF memerlukan pelajar berumur sekurang-kurangnya 19 tahun, dan telah menghabiskan sekurang-kurangnya setahun sebagai tali pinggang perang. Tali pinggang hitam itu sendiri mempunyai sembilan darjah kepakaran yang berbeza, serupa dengan dan dalam seni mempertahankan diri tradisional Jepun, dengan kedudukan pada darjah ketujuh dan darjah kelapan lazimnya dilambangkan dengan tali pinggang karang, dan darjah kesembilan diwakili dengan tali pinggang merah.[30] IBJJF memerlukan seorang pengamal untuk berlatih dan mengajar dalam peringkat tali pinggang hitam selama sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum naik ke peringkat seterusnya bagi tiga peringkat pertama. Peringkat empat hingga enam memerlukan limat tahun dari pangkat sebelumnya.[34]

Seperti kebanyakan perkara dalam jujutsu, tiada penyeragaman dari satu akademi atau organisasi ke yang lain. Ini juga berlaku untuk tali pinggang hitam kerana tiada panduan yang ditetapkan daripada IBJJF berkaitan dengan variasi tali pinggang.[35] Walau bagaimanapun, terdapat tiga variasi lazim bagi tali pinggang hitam, setiap satunya mempunyai makna umum tersendiri: tali pinggang hitam dengan bar putih secara amnya menunjukkan pesaing atau pengamal, manakala tali pinggang hitam dengan bar merah biasa ialah tali pinggang hitam piawai (tetapi kadangkala membezakan jurulatih daripada profesor), dan bar merah dengan sempadan putih pada kedua-dua hujung kadangkala datang selepas sekurang-kurangnya setahun atau lebih mengajar sebagai tali pinggang hitam dan boleh membezakan seorang profesor. Royce Gracie dan adik-beradik Valente memulakan tali pinggang hitam dengan bar biru untuk menghormati warisan Hélio Gracie, tetapi ini tidak diterima pakai secara meluas.[36] Royce Gracie kini memakai tali pinggang biru laut tanpa lencana pangkat berikutan kematian bapanya.

Tali pinggang merah hitam sunting

Apabila ahli tali pinggang hitam jujutsu Brazil mencapai darjah ketujuh, beliau dianugerahkan tali pinggang merah-hitam berselang-seli serupa dengan tali pinggang hitam darjah empat yang dianugerahkan oleh segelintir badan judo seperti USJA.[37][38] Tali pinggang ini biasanya dikenali sebagai tali pinggang karang sempena warna kulit ular karang.[39][40] Tali pinggang karang adalah pengamal yang sangat berpengalaman, yang kebanyakannya telah memberi impak besar pada jujutsu Brazil, dan sering dipanggil dengan gelaran master.[41][42][43] IBJJF memerlukan sekurang-kurangnya tujuh tahun latihan dan pengajaran di peringkat tali pinggang hitam merah sebelum naik ke peringkat seterusnya.[44]

Tali pinggang merah putih sunting

Persekutuan Jujutsu Brazil Antarabangsa pada 2013 meminda garis panduan pemangkatan berkenaan dengan peralihan antara tali pinggang hitam darjah ketujuh dan kelapan. Pendek kata, seorang pengamal yang telah mencapai pangkat tali pinggang hitam darjah kelapan akan memakai tali pinggang merah putih sama seperti yang dipakai pada majlis rasmi oleh pemegang pangkata keenam hingga kelapan dalam judo,[45] dan juga biasa dipanggil tali pinggang karang.[46] IBJJF memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun pengajaran dan latihan di peringkat tali pinggang merah putih sebelum naik ke peringkat seterusnya.[47]

 
Francisco Mansor memakai tali pinggang merah darjat kesembilan.

Tali pinggang merah sunting

Menurut Renzo dan Royler Gracie, dalam jujutsu Brazil, tali pinggang merah dikhaskan "bagi mereka yang mana pengaruh dan kemasyhurannya membawa mereka ke puncak seni."[48] Ia dianugerahkan sebagai ganti tali pinggang hitam darjat kesembilan dan ke-10. Jika seorang pengamal menerima tali pinggang hitamnya pada usia 19 tahun, paling awal mereka boleh jangka untuk menerima tali pinggang merah darjah kesembilan ialah pada usia 67 tahun.[49] Pemegang tali pinggang merah jujutsu Brazil sering disebut dalam seni oleh gelaran grandmaster. Darjat kesepuluh hanya diberikan kepada perintis jujutsu Brazil, dan adik-beradik Gracie: Carlos, Oswaldo, George, Gaston dan Helio.[50][51][52][53] Pengamal hidup peringkat tertinggi ialah tali pinggang merah darjah kesembilan, kerana tiada pengamal tali pinggang merah darjah ke-10 yang masih hidup.[54]

Tali pinggang belia sunting

Kanak-kanak berumur dari 4 hingga 15 tahun boleh menerima warna tali pinggang yang memberi ganjaran kepada kemajuan selepas tali pinggang putih tetapi sebelum memperoleh tali pinggang biru, yang hanya boleh diberikan kepada orang yang berumur 16 tahun ke atas.[55] Pada 2015, Persekutuan Jujutsu Brazil Antarabangsa menetapkan 13 tali pinggang bagi pengamal berumur 4 hingga 15 tahun. Kumpulan tiga tali pinggang kelabu adalah untuk pesaing berumur 4 hingga 15 tahun. Kumpulan tiga tali pinggang kuning adalah untuk pesaing berumur 7 hingga 15 tahun. Kumpulan tali pinggang oren adalah untuk pesaing berumur 10 hingga 15 tahun. Kumpulan tiga tali pinggang hijau adalah untuk pesaing berumur 13 hingga 15 tahun.

Apabila pesaing berumur 16 tahun, mereka mesti beralih ke sistem tali pinggang dewasa mengikut tali pinggang yang mereka ada pada masa itu. Tali pinggang putih kekal pada pangkat itu. Tali pinggang kelabu, kuning atau oren boleh bertukar kepada tali pinggang putih atau biru atas keputusan profesor. Tali pinggang hijau boleh bertukar kepada tali pinggang putih, biru atau ungu mengikut keputusan profesor.[56]

Warna tali pinggang belia
(umur kurang 16 tahun)
Putih  
Kelabu-Putih  
Kelabu  
Kelabu-Hitam  
Kuning-Putih  
Kuning  
Kuning-Hitam  
Jingga-Putih  
Jingga  
Jingga-Hitam  
Hijau-Putih  
Hijau  
Hijau-Hitam  

Perbandingan pemangkatan sunting

Jadual di bawah menunjukkan anggaran penukaran antara sistem pangkat Gracie dan sistem Persekutuan Jujutsu Brazil Antarabangsa, termasuk subkedudukan berjalur dalam setiap tali pinggang. Ini adalah dua sistem yang paling biasa bagi tali pinggang belia dalam jiu-jitsu Brazil. Kedua-dua sistem merangkumi pengamal dari 4 tahun hingga 15 tahun.[57]

Perbandingan anggaran sistem tali pinggang belia.

Darjat jalur sunting

 
Tali pinggang biru dengan tiga jalur.

Sebagai tambahan kepada sistem tali pinggang, banyak akademi menganugerahkan jalur sebagai satu bentuk pengiktirafan intra-tali pinggang terhadap kemajuan dan kemahiran.[58] Dalam setiap tali pinggang, pelajar berpeluang memperoleh sehingga umumnya 4 jalur pada tali pinggang mereka, menunjukkan kemajuan dalam tali pinggang itu. Bilangan kumulatif jalur yang diperoleh berfungsi sebagai petunjuk tahap kemahiran pelajar berbanding jumlah kurikulum warna tali pinggang tersebut.[59] Belang mungkin terdiri daripada cebisan kecil kain yang dijahit pada lengan tali pinggang, atau cebisan pita olahraga yang mudah disapu padanya. Walaupun aplikasi yang tepat, seperti bilangan jalur yang dibenarkan untuk setiap tali pinggang, berbeza antara institusi, IBJJF menetapkan sistem umum di mana empat jalur boleh ditambah sebelum pelajar boleh dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat tali pinggang seterusnya.[60] Jalur-jalur ini hanya digunakan bagi pangkat sebelum tali pinggang hitam. Selepas tali pinggang hitam dicapai, tanda-tanda ini dikenali sebagai darjat, dan diberikan secara lebih formal dan langka. Masa dalam gred dan tahap kemahiran adalah kedua-dua faktor penting. Jalur tidak digunakan di setiap akademi, dan, di mana ia digunakan, ia mungkin tidak digunakan secara konsisten.[60]

Kriteria kenaikan pangkat sunting

Beberapa garis panduan atau piawaian yang diterbitkan menentukan bila pengamal bersedia untuk kenaikan pangkat; kriteria biasanya ditentukan oleh pengajar individu dan/atau akademi.[61][62] IBJJF mengekalkan sistem pemangkatan meluas yang mengambil kira masa dalam gred dan kedudukan keahlian, tetapi tidak menyebut tentang prestasi atau keperluan kemahiran tertentu.[63] Apabila pengajar atau akademi mengulas mengenai kriteria kenaikan pangkat, langkah yang paling diterima secara meluas ialah jumlah pengetahuan teknikal dan konsep yang boleh ditunjukkan oleh pengamal, dan;[64] prestasi dalam ilmu gelut (randori) dalam akademi dan/atau pertandingan.[65]

Pengetahuan teknikal dan konsep dinilai berdasarkan bilangan teknik yang boleh dilakukan oleh pelajar, dan tahap kemahiran yang mereka lakukan dalam gelutan secara langsung, membolehkan pengamal yang lebih kecil dan lebih tua diiktiraf pengetahuan mereka, walaupun mereka mungkin bukan pejuang terkuat dalam tempat latihan. Jujutsu Brazil adalah sukan individu yang jelas, dan pengamal digalakkan untuk menyesuaikan teknik dengan jenis badan, pilihan strategik dan tahap kesukanan mereka. Kriteria utama untuk promosi ialah keupayaan untuk melaksanakan teknik dengan jayanya, dan bukannya pematuhan gaya yang ketat.[66]

Ujian formal sunting

Jujutsu Brazil mempunyai pendekatan tidak formal dalam pemangkatan tali pinggang, di mana seorang atau lebih pengajar secara subjektif bersetuju bahawa pelajar tertentu bersedia untuk pangkat seterusnya.[67][68] Sesetengah akademi telah bergerak ke arah pendekatan ujian yang lebih sistematik dan formal, terutamanya bagi pelajar yang berpangkat lebih rendah, di mana keputusan untuk mempromosikan boleh dikatakan paling tidak dipertikaikan.[69] Salah seorang pengajar pertama yang menerbitkan kriteria ujian rasmi secara terbuka ialah Roy Harris, yang telah memformalkan ujian kenaikan pangkatnya daripada tali pinggang putih kepada tali pinggang hitam.[70] Ujian formal kini menjadi perkara biasa di banyak akademi dan organisasi Gracie seperti Alliance.[71]

Beberapa sistem Gracie telah memperkenalkan ujian dalam talian rasmi di mana pelajar boleh memuat naik video kelayakannya untuk melayakkan diri demi kenaikan pangkat.[72] Ujian formal biasanya berdasarkan elemen yang sama seperti kenaikan pangkat biasa, seperti pengetahuan pelajar, dan keupayaan untuk menggunakan teknik tersebut terhadap pihak lawan. Sesetengah ujian mengambil kira aspek lain, seperti perwatakan peribadi pelajar atau pengetahuan asas tentang sejarah seni.[73] Ujian formal mungkin memerlukan pembayaran yuran ujian dan memerlukan sekurang-kurangnya praujian pelajaran persendirian dengan pengajar.[74]

Pertandingan sunting

Pelajar secara amnya digalakkan untuk bersaing, kerana ini dapat membantu mereka memperoleh pengalaman. Pertandingan membolehkan pengajar untuk mengukur kebolehan pelajar semasa bergelut dengan lawan yang menentang sepenuhnya, dan adalah perkara biasa bagi kenaikan pangkat dibuat mengikuti prestasi pertandingan yang baik. Dalam kebanyakan akademi, bersaing adalah tidak penting untuk kenaikan pangkat, tetapi dalam sebilangan kecil sekolah, bersaing bukan sahaja digalakkan, tetapi menjadi satu keperluan.[75]

Rujukan sunting

  1. ^ "IBJJF Graduation system" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  2. ^ Gracie, Renzo and Royler (2001). Brazilian Jiu-Jitsu: Theory and Technique. Invisible Cities Press Llc. m/s. 304. ISBN 1-931229-08-2.
  3. ^ a b Ohlenkamp, Neil (5 Januari 2009). "The Judo Rank System". Dicapai pada 16 Oktober 2009.
  4. ^ Ohlenkamp, Neil (5 Januari 2009). "The Judo Rank System". Dicapai pada 16 Oktober 2009.
  5. ^ Callan, Mike (Mei 2015). "History of the Grading System". Dicapai pada 6 Mac 2020.
  6. ^ "A Comprehensive History of Gracie Jiu-Jitsu". Dicapai pada 16 Oktober 2009.
  7. ^ "GRACIE JIU-JITSU BELT PROMOTIONS SEMINARS CEREMONY". 25 November 2019. Dicapai pada 29 November 2019.
  8. ^ "Royce Gracie Explains Why He Wears a Blue Belt instead of a Coral Belt". Dicapai pada 29 November 2019.
  9. ^ "IBJJF Graduation system" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  10. ^ Riberiro, Saulo (2008). Jiu-Jitsu University. Victory Belt Publishing. m/s. 368. ISBN 978-0-9815044-3-8.
  11. ^ Harris, Roy (7 Februari 2006). "Harris International Blue Belt Requirements". royharris.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2008. Dicapai pada 16 Oktober 2009.
  12. ^ "Alliance Belt Requirements" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 Januari 2013. Dicapai pada 31 Julai 2012.
  13. ^ "IBJJF Graduation system" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  14. ^ Harris, Roy (7 Februari 2006). "Harris International Blue Belt Requirements". royharris.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2008. Dicapai pada 16 Oktober 2009.
  15. ^ Harris, Roy (12 Oktober 2005). "Progression in Brazilian jiu-jitsu". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2009. Dicapai pada 26 Oktober 2009.
  16. ^ "IBJJF Graduation System" (PDF). IBJJF. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 11 Februari 2019.
  17. ^ "IBJJF Changes Mandatory Minimum Belt Times". 11 Disember 2022.
  18. ^ "Sistema de faixas" [Track system]. Federacao Mineira De jiu-jitsu. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2007. Dicapai pada 4 Disember 2014.
  19. ^ "Five Rings Brazilian Jiu-Jitsu" (PDF). A BJJ school's schedule showing different classes for adult yellow, orange, and green belts. Dicapai pada 4 Disember 2014.
  20. ^ "IBJJF Graduation system" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  21. ^ "IBJJF Graduation system" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  22. ^ "IBJJF Graduation System" (PDF). IBJJF. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 11 Februari 2019.
  23. ^ "IBJJF Changes Mandatory Minimum Belt Times". 11 Disember 2022.
  24. ^ "IBJJF Graduation system" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  25. ^ Gracie, Renzo and Royler (2001). Brazilian Jiu-Jitsu: Theory and Technique. Invisible Cities Press Llc. m/s. 304. ISBN 1-931229-08-2.
  26. ^ Thornton, Matt (13 Februari 2007). "Exploring the map". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2011. Dicapai pada 31 Julai 2012.
  27. ^ "IBJJF Graduation system" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  28. ^ "IBJJF Graduation System" (PDF). IBJJF. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 11 Februari 2019.
  29. ^ "IBJJF Changes Mandatory Minimum Belt Times". 11 Disember 2022.
  30. ^ a b "IBJJF Graduation system" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  31. ^ "Official Federation Belt Rankings". 2000. Dicapai pada 8 November 2012.
  32. ^ "Recommended Standardized Brazilian Jiu-Jitsu Belt Structure" (PDF). Mac 2012. Dicapai pada 8 November 2012.
  33. ^ "BJJ Belt Faq". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2013. Dicapai pada 8 November 2012.
  34. ^ "General System of Graduation" (PDF). m/s. 8. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Julai 2014. Dicapai pada 8 Oktober 2015.
  35. ^ "BJJ Black Belts". Dicapai pada 29 November 2019.
  36. ^ "The Blue Bar". Dicapai pada 29 November 2019.
  37. ^ "IBJJF Graduation system" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  38. ^ Ohlenkamp, Neil (5 Januari 2009). "The Judo Rank System". Dicapai pada 16 Oktober 2009.
  39. ^ "A Day With A Brazilian jiu-jitsu Coral Belt". 27 Mei 2011. Dicapai pada 24 Oktober 2011.
  40. ^ "Joe Moreira BJJ". Dicapai pada 24 Oktober 2011.
  41. ^ "Official Federation Belt Rankings". 2000. Dicapai pada 8 November 2012.
  42. ^ "Recommended Standardized Brazilian Jiu-Jitsu Belt Structure" (PDF). Mac 2012. Dicapai pada 8 November 2012.
  43. ^ "BJJ Belt Faq". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2013. Dicapai pada 8 November 2012.
  44. ^ "General System of Graduation" (PDF). m/s. 8. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Julai 2014. Dicapai pada 8 Oktober 2015.
  45. ^ "IBJJF GENERAL SYSTEM OF GRADUATION" (PDF). Dicapai pada 11 April 2013.
  46. ^ "RED AND WHITE CORAL BELT ARCHIVES". Dicapai pada 16 Mei 2017.
  47. ^ "General System of Graduation" (PDF). m/s. 8. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Julai 2014. Dicapai pada 8 Oktober 2015.
  48. ^ Gracie, Renzo and Royler (2001). Brazilian Jiu-Jitsu: Theory and Technique. Invisible Cities Press Llc. m/s. 304. ISBN 1-931229-08-2.
  49. ^ "IBJJF Graduation system" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  50. ^ "Official Federation Belt Rankings". 2000. Dicapai pada 8 November 2012.
  51. ^ "Recommended Standardized Brazilian Jiu-Jitsu Belt Structure" (PDF). Mac 2012. Dicapai pada 8 November 2012.
  52. ^ "BJJ Belt Faq". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2013. Dicapai pada 8 November 2012.
  53. ^ "IBJJF GENERAL SYSTEM OF GRADUATION" (PDF). Dicapai pada 11 April 2013.
  54. ^ "General System of Graduation" (PDF). m/s. 8. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Julai 2014. Dicapai pada 8 Oktober 2015.
  55. ^ "How do Brazilian Jiu-Jitsu Belt Promotions Work?". Dicapai pada 29 November 2019.
  56. ^ "IBJJF Graduation System" (PDF). Dicapai pada 28 November 2019.
  57. ^ "IBJJF Graduation System" (PDF). Dicapai pada 28 November 2019.
  58. ^ "SBG Belt Testing". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2011. Dicapai pada 2 November 2009.
  59. ^ "Royce Gracie Jiu-Jitsu Network Official Belt Ranking System" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 Ogos 2011. Dicapai pada 3 November 2009.
  60. ^ a b "IBJJF Graduation system" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  61. ^ "Team Tookie belt requirements". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2011. Dicapai pada 27 Oktober 2009.
  62. ^ "History & Ranking". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2012. Dicapai pada 31 Julai 2012.
  63. ^ "IBJJF Graduation system" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Ogos 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  64. ^ "BJJ Promotions Through Tennessee BJJ Club". Dicapai pada 2 November 2009.
  65. ^ "Brazilian jiu-jitsu FAQ". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2011. Dicapai pada 16 Oktober 2009.
  66. ^ Gracie, Renzo and Royler (2001). Brazilian Jiu-Jitsu: Theory and Technique. Invisible Cities Press Llc. m/s. 304. ISBN 1-931229-08-2.
  67. ^ Gracie, Renzo and Royler (2001). Brazilian Jiu-Jitsu: Theory and Technique. Invisible Cities Press Llc. m/s. 304. ISBN 1-931229-08-2.
  68. ^ "History & Ranking". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2012. Dicapai pada 31 Julai 2012.
  69. ^ "Matt Hudson". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2008. Dicapai pada 2 November 2009.
  70. ^ Harris, Roy (1 April 2009). "Brazilian Jiu Jitsu Belt Promotions". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2009. Dicapai pada 2 November 2009.
  71. ^ "Alliance Belt Requirements" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 Januari 2013. Dicapai pada 31 Julai 2012.
  72. ^ "Training Programs". 2011. Dicapai pada 6 April 2011.
  73. ^ "Team Tookie belt requirements". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2011. Dicapai pada 27 Oktober 2009.
  74. ^ Harris, Roy (7 Februari 2006). "Harris International Blue Belt Requirements". royharris.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2008. Dicapai pada 16 Oktober 2009.
  75. ^ "BJJ Promotions Through Tennessee BJJ Club". Dicapai pada 2 November 2009.