Pantai Berangan Sebuah pantai terletak di Selatan Kampung Punggur,dalam kawasan Rengit di daerah Batu Pahat. Diberinama Pantai Berangan pada tahun 1969 oleh beberapa penduduk Kampung Punggur Laut Haji Ambuk Chening (Hj Cacak), Muhamad Ashari (Mat Igal), Samsudin Kemat serta beberapa kanak kanak dan orang dewasa yang lain. Sebuah tulisan "PANTAI BERANGAN" telah ditulis dengan cat merah pada sebatang kayu balak yang hanyut terdampar melintang di permukaan jalan masuk ke pantai itu. Sebab diberi nama berangan adalah kerana bila ada penduduk kampung membawa makanan untuk berkelah, orang kampung akan memperli "eleh ..berangan". Ungkapan itu menjadi popular kerana ianya selalu di sebut oleh pelawak Abang Apek (Alias Conggo) ketika membuat lawak jenaka di siaran tevision Singapura yang mana siarannya jelas di Kampung ini. Jalan menuju Pantai ini melaui celah kedai Cina Ali dan tukang basikal. Mula mula jumpa rumah Wak Luguk, kemudian rumah Daeng Salim kedepan lagi rumah Hj Turuk, Puk Su Kasim, Puk Su Mat Nor, jalan lagi kita jumpa rumah Haji Hasim, Kedai Pak Cik Mat Sah, rumah Long Sahak, Ngah Kahar, Ngah Ripin, rumah Mak Cik Pah,jalan sikit lagi ada rumah Lek Sarip di belakang nya rumah Lek Gani. selepas tu kedalam sikit ada rumah Puk Su Jonet dan Ngah Amat Pendek. Kalau kita jalan lagi jumpa rumah Pok Teh Adan, Pak Ndak Mian, Hj Hassan, Hj Ahmad dan Rumah Pak Lang Kemat di depannya ada surau. Ada sebatang sungai (tali air) telah dibina pada tahun 1963 melintang diperjalanan kesitu terdapat jambatan kayu selepas itu kita jumpa rumah Wak Singkek dan rumah Wak Jumi baru lah kta nampak tulisan Pantai Berangan pada kayu balak yang pelintang dijalan masuk. Pantainya berpasir putih memanjang dari Barat Ke Timur sepanjang satu kilometer.Dihujung sebelah barat ada suak Wak Meran dimana beliau menjalankan kerja kerja menjaring ikan di situ. Sehingga sekarang pantai itu sentiasa dikunjungi orang ramai lebih lebih lagi beberapa psarana telah di dirikan seperti gerai gerai makanan, bangsal tempat berteduh serta tempat tempat duduk. Untuk kesana boleh juga melalui Kampung Perpat di sebelah Timur dan kampung Berong dari arah Barat. Dalam sejarah di hujung sebelah Timur Pantai Berangan berhampiran rumah Wak Pancing sebuah kapal terbang tentera New Zealand membawa 2 penumpang telah terhempas di situ terjadi pada tahun 1964 pada pukul 1.45 petang. Sebahagian badan kapal terbang itu tertanam didalam lumpur. Semasa terhempas percikan lumpur cair terpercik keatas sehingga dapat dilihat daripada padang Sekolah Kebangsaan Sri Sempurna Punggor jauhnya dua kilometer dari tempat kejadian. Dua askar New Zealand terselamat terjun menggunakan paracut. Semakin lama semakin maju Pantai Berangan ini mengikut arus pemodenan semasa.