Pantai Lido ialah sebuah pantai di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Pantai ini mengadap ke Selat Johor.

Beberapa tempat yang berhampiran di sini ialah Danga Bay, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Istana Besar Sultan Abu Bakar, Istana Bukit Sirene, Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor Bahru Waterfont, Suruhanjaya Kehakiman, Tambak Johor dan lain-lain.

Nama Pantai Lido sekarang ini telah digantikan dengan Teluk Danga iaitu pembangunan projek komersil mewah bercampur yang menganjur dari muara Sungai Danga (berhampiran Taman Perling ,Johor Bahru) hinggalah ke kawasan tapak lama imigresen Johor Bahru

Dahulunya Pantai Lido ini boleh dicapai dan dikunjungi oleh semua penduduk Johor Bahru sepanjang masa tidak kira siang atau malam kerana kedudukannya di sepanjang jalan ke Bandaraya Johor Bahru.

Pautan luar sunting