Pantai Teluk Amerika Syarikat
Pantai Teluk Amerika Syarikat ialah kawasan pantai di sepanjang Selatan Amerika Syarikat yang bertemu dengan Teluk Mexico. Negeri-negeri berpantai bersempadan dengan Teluk Mexico ialah Texas, Louisiana, Mississippi, Alabama, dan Florida, dan dikenali sebagai Negeri-negeri Teluk.[1]
Pantai Teluk | |
---|---|
Koordinat: 30°N 90°W / 30°N 90°WKoordinat: 30°N 90°W / 30°N 90°W | |
Negara | Amerika Syarikat |
Negeri | Alabama Florida Louisiana Mississippi Texas |
Bandar utama | Houston Mobile New Orleans Pensacola Tampa |
Bandaraya terbesar | Houston |
Kawasan metropolitan | Greater Houston |
Sumber ekonomi utama di Pantai Teluk terdiri daripada pelbagai industri seperti tenaga, petrokimia, perikanan, angkasa, pertanian, dan pelancongan. Bandar terbesar di wilayah tersebut (dari barat ke timur) ialah McAllen, Brownsville, Corpus Christi, Houston, Galveston, Beaumont, Lafayette, Baton Rouge, New Orleans, Biloxi, Mobile, Pensacola, St. Petersburg, Tampa, dan yang sedang pesat membangun, Sarasota. Kesemuanya ialah kawasan metropolitan dan memiliki pelabuhan-pelabuhan besar. (Baton Rouge sangat jauh daripada Teluk Mexico; sebagai pelabuhan air di Sungai Mississippi, serta New Orleans.)
Rujukan
sunting- ^ For example: "Gulf Coast Energy Outlook" (PDF) (ed. Spring 2017). Center for Energy Studies. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 13 Apr 2018. Dicapai pada 13 Apr 2018 – melalui Economics & Policy Research Group., p. 1 (" Unless stated otherwise, Gulf Coast hereafter specifically refers to the states of Texas, Louisiana, Mississippi, Alabama, and Florida").