Parang Belitung atau juga dikenali sebagai parang Badau (Indonesia), ialah senjata Melayu dari kategori parang. Parang Belitung dinamakan sedemikian kerana ia berasal dari pulau Belitung.

Parang Belitung merupakan jenis parang yang diperbuat daripada besi dan mempunyai bentuk ringkas tanpa hiasan. Parang Belitung sederhana panjangnya. Matanya lebar pada bahagian hujung, tajam di sebelah dan digunakan untuk menebas semak, berjalan dalam hutan, alatan pertanian dan juga sebagai senjata terutama di pulau Belitung.