Pasukan Operasi Khusus Rusia

Pasukan Operasi Khusus Rusia, atau SOF (Bahasa Rusia: Силы специальных операций; ССО, tr. Sily spetsial’nykh operatsii; SSO)[5][6] adalah pasukan khas peringkat strategik dibawah Markas Pasukan Operasi Khusus (Bahasa Rusia: командование сил специальных операций; KCCO, tr. Komandovanie sil spetsial’nalnykh operatsii; KSSO, atau KSO)[6] bagi Staf Am[6] dalam Angkatan Tentera Rusia.

Pasukan Operasi Khusus
Sily spetsial’nykh operatsii (SSO)
Aktif2009; (beroperasi dari 2013 - kini)
Negara Rusia
CawanganMarkas Pasukan Operasi Khusus
JenisSpetsnaz
PerananOperasi Khas
SaizSulit
Sebahagian daripada Angkatan Tentera Rusia
PangkalanKubinka-2, Wilayah Moscow
WarnaHitam
Peringatan27 Februari
PertempuranCampur tangan tentera Rusia di Ukraine 2014
Campur tangan tentera Rusia dalam Perang Saudara Syria
Komander
Komander
terkenal
  • Oleg Martyanov (2009-2013)
  • Alexey Dyumin (2013-2015)
  • Alexander Matovnikov[4] (2015-2018)
Tanda kebesaran
Bendera

Unit pertama yang menjadi Pasukan Operasi Khusus telah dipindahkan dari GRU pada tahun 2009 sebagai sebahagian daripada pembaharuan tentera Rusia 2008 yang berterusan.[7] Markas Pasukan Operasi Khusus telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan diumumkan pada Mac 2013 oleh Ketua Turus Am Valery Gerasimov.[8][9] Menurut Gerasimov, SOF telah di reka sebagai satu aset peringkat strategik, yang misi utamanya adalah campur tangan luar negeri, termasuk sabotaj dan operasi anti-keganasan.[10][11] SOF tidak termasuk mana-mana cabang angkatan tentera Rusia dan berbeza dari Pasukan Khas Direktorat Utama Staf Am Angkatan Tentera Rusia sehingga tahun 2010 adalah dibawah Direktorat Utama Perisikan (GRU) dan yang mana subordinat berikutnya nampak tidak jelas.[12][8] SOF Rusia dikendalikan secara eksklusif oleh anggota profesional yang diupah secara kontrak, dalam posisi pegawai bertauliah.[8]

Pada Februari 2015, Presiden Rusia Vladimir Putin memutuskan bahawa tarikh 27 Februari sebagai Hari SOF untuk menandakan, menurut media berita rasmi Rusia (walaupun tidak diakui secara rasmi), penubuhan kawalan Rusia ke atas bangunan Majlis Tertinggi Republik Autonomi Crimea di Simferopol, Ukraine, pada Februari 2014.[13][7][8]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sputnik. "Russian Aviation, Special Forces Play Key Role in Crushing Daesh Near Palmyra". sputniknews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-11. Dicapai pada 11 October 2017.
  2. ^ "Regime forces advance in Syria's battered Ghouta". News24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-13. Dicapai pada 2019-10-10.
  3. ^ https://southfront.org/in-photos-russian-military-advisers-support-syrian-army-operation-in-northwestern-hama/ |date retrieved=27 Aug 2019
  4. ^ https://ru.wikipedia.org/wiki/Матовников,_Александр_Анатольевич |date retrieved=28 Aug 2019
  5. ^ "Силы специальных операций (ССО)". Ministry of Defense of Russia (dalam bahasa Russian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-06. Dicapai pada 22 September 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ a b c Marsh, Dr. Christopher (2017). Developments in Russian Special Operations - Russia's Spetsnaz, SOF and Special Operations Forces Command (PDF). CANSOFCOM Education & Research Centre Monograph Series. Ottawa, Ontario: Canadian Special Operations Forces Command. ISBN 9780660073538. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2017-10-19. Dicapai pada 22 September 2017.
  7. ^ a b «Наиболее сложная и опасная работа»: как Россия использует Силы специальных операций Diarkibkan 2018-08-28 di Wayback Machine RT, 27 February 2018.
  8. ^ a b c d День сил специальных операций в России Diarkibkan 2018-08-28 di Wayback Machine RIA Novosti, 27 February 2018.
  9. ^ Россия решила создать силы специальных операций Diarkibkan 2018-06-27 di Wayback Machine RIA Novosti, 6 March 2013.
  10. ^ Mark Galeotti. The rising influence of Russian special forces Diarkibkan 2018-08-27 di Wayback Machine Jane's Intelligence Review, 2014.
  11. ^ В Вооруженных силах РФ созданы силы специальных операций Diarkibkan 2018-08-28 di Wayback Machine RIA Novosti, 23 March 2013.
  12. ^ John Pike. "Spetsnaz Order of Battle". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-10. Dicapai pada 31 July 2015.
  13. ^ Вежливые люди получили свой День Diarkibkan 2018-06-12 di Wayback Machine Rossiyskaya Gazeta, 27 February 2017.