Pasukan Sukarela Kedah

Pasukan Sukarela Kedah (bahasa Inggeris:Kedah Volunteer Force atau KVF) adalah sebuah pasukan keselamatan sukarela yang ditubuhkan di negeri Kedah pada tahun 1930. Sepertimana namanya, pasukan ini dianggotai oleh para pengurus estet getah berketurunan British dan orang-orang Melayu Kedah secara sukarela dan hanya akan dipangil untuk bertugas sekiranya keadaan memerlukan. Pangkalan pertama KVF terletak di Sungai Petani. KVF berperanan sepertimana pasukan Rejimen Askar Wataniah pada hari ini.

Sebuah kompeni anggota KVF bergambar di markas di Sungai Petani pada sekitar 1940. Kredit Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.

Sejarah sunting

Pada tahun 1900-an sehingga 1930-an, kerajaan Britain menggalakkan penubuhan pasukan keselamatan sukarela di beberapa buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Disebabkan oleh dorongan dari pihak British, pada tahun 1930 kerajaan negeri Kedah telah memohon agar sebuah pasukan sukarela ditubuhkan di negeri Kedah.

Pada tahun 1932/33, Dewan Undangan Negeri Kedah telah meluluskan satu peruntukan undang-undang bagi membolehkan Pasukan Sukarela Kedah ditubuhkan secara rasmi. Pasukan Sukarela Kedah ini diketuai oleh seorang pegawai British yang bernama Kapten Powell sebagai Adjutan yang pertama dengan dibantu oleh Regimental Sergeant Major Cockwell. [1] Pada peringkat awal, peranan dan perkembangan KVF agak terkebelakang ekoran masalah kewangan dan kemelesetan ekonomi dunia. Keadaan mula berubah pada tahun 1940-an apabila Perang Dunia II meletus. Pada waktu ini, keanggotaan KVF bertambah dan berkembang pesat. Anggota-anggota KVF juga mula diberi latihan-latihan intensif dan kelengkapan perang.

Bekas adjutan sunting

Adjutan adalah pegawai tertinggi di dalam KVF. Kesemua adjutan tinggal di Sungai Petani. Berikut adalah senarai bekas adjutan.

  • C.J.M. Watts (Nov. 1935 - Nov. 1938)
  • P.H.C. Hayward (Nov. 1938 - Nov. 1940)
  • A.T. Edgar (Nov. 1940 - 1941)

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.