Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia

Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia (bahasa Inggeris: Taipei Economic and Cultural Office in MalaysiaCina tradisional: 馬來西亞台北經濟文化辦事處pinyin: Zhù Mǎláixīyà Táiběi Jīngjì Wénhuà Bànshì Chù) ialah pejabat perwakilan Taiwan di Malaysia, yang berfungsi sebagai kedutaan besar de facto dalam keadaan tiadanya hubungan diplomatik.

Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia
馬來西亞台北經濟文化辦事處
Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1974 (sebagai Pusat Dagangan dan Pelancongan Timur Jauh)[1]
1988 (sebagai Pusat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei)[2]
1992 (sebagai Pusat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia)[1]
Bidang kuasa
 Malaysia
 Taiwan
Ibu pejabatKuala Lumpur
Eksekutif Agensi
  • Annu Hung, Wakil[3]
Laman sesawang
Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia

Agensi setara bagi pejabat ini di Taiwan ialah Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei.[4]

Sejarah sunting

Pejabat ini ditubuhkan pada 1974 sebagai Pusat Perdagangan dan Pelancongan Timur Jauh.[1] Sehingga tahun tersebut, Taiwan, sebagai Republik China, mempunyai Konsulat Jeneral di Kuala Lumpur.[5] Terdahulu ia ditubuhkan sebagai sebuah Konsulat pada 1964, sebelum dinaik taraf kepada Konsulat Jeneral lima tahun berikutnya.[6] Walau bagaimanapun, Konsulat Jeneral tersebut ditutup selepas Malaysia mengadakan hubungan diplomatik secara penuh dengan Republik Rakyat China.[7]

Pusat perdagangan ini dinaik taraf pada 1988, dan dijenamakan kepada Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei.[2] Ia mula menggunakan nama tersebut pada 1992.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Foreign Policy of the New Taiwan: Pragmatic Diplomacy in Southeast Asia, Jie Chen, Edward Elgar Publishing, 2002, page 82
  2. ^ a b "About Us > Organizations". Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia. Dicapai pada 2016-03-11.
  3. ^ Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia, Kementerian Luar Negeri, Republik China di Taiwan
  4. ^ "Ministry of Foreign Affairs, Malaysia - Malaysian Friendship and Trade Centre". kln.gov.my. Dicapai pada 2016-03-11.
  5. ^ Taiwan Trade Directory, Importers & Exporters Association of Taipei, 1975, page C-6
  6. ^ Republic of China Yearbook, Kwang Hwa Publishing Company, 1989, page 233
  7. ^ Daily Report: Asia & Pacific, Issues 98-111, 1974, page 94