Pekida

bendera pekida

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia atau PEKIDA ialah sebuah pertubuhan kebajikan yang dianggotai masyarakat Melayu di Malaysia. Ia ditubuhkan bagi mempertahankan Islam dan kedudukan orang Melayu[1], membela nasib kaum Melayu khususnya dalam ekonomi dan keselamatan[2]. Pada 2021, keanggotaannya telah melebihi 350,000 orang[3]. Pertubuhan ini juga digelar sebagai Tiga Line (Melayu: Tiga Jalur) yang merujuk kepada tiga warna yang terdapat pada lambangnya iaitu merah, kuning dan hijau[4].

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia
Kerangka
KependekanPEKIDA
Jenis/bentuk sahpertubuhan bukan kerajaan
No. pendaftaran146/83
Keanggotaan (2021)lebih 350,000
Sejarah
Ditubuhkan10 Mei 1983
Pengurusan
PresidenMohd Foad Mat Isa
Lokasi
Lokasi
  • Malaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

PEKIDA didaftarkan sebagai badan bukan kerajaan pada 10 Mei 1983[5] di Kedah. Pertubuhan itu kini diketuai oleh Dato' Mohd Foad Mat Isa, yang dilantik pada 2022[6] menggantikan penyandangnya Dato' Ramli Norani yang meninggal dunia pada 2021[7].

Isu dan tengkarah sunting

Keterlibatan dalam kegiatan kongsi gelap sunting

Kumpulan Tiga Line disenarai sebagai salah sebuah kongsi gelap oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia[8], namun PEKIDA mengesahkan tidak terlibat dengan kumpulan tersebut[2] dan menafikan terlibat dalam kegiatan kongsi gelap[4]. Sebaliknya, kumpulan pecahan pertubuhan ini yang terlibat dalam aktiviti kongsi gelap iaitu Geng 30 dan Double 7[9].

Rujukan sunting

  1. ^ Muhid, Norizan (2022-06-04). "Hasnoor mahu PEKIDA terus perjuang hak Islam, Melayu". Melaka Hari Ini. Dicapai pada 2023-08-10.
  2. ^ a b "Pekida sahkan tiada kaitan dengan Tiga Line dan Geng 30". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 2013-10-13. Dicapai pada 2023-08-10.
  3. ^ "Ismail Sabri mahu Pekida terus junjung prinsip amar ma'ruf nahi mungkar". Malaysiakini. 2021-12-19. Dicapai pada 2023-08-10.
  4. ^ a b "'Tiga Line' dari kaca mata pengkaji". Malaysiakini. 2015-01-18. Dicapai pada 2023-08-10.
  5. ^ "BERSAMA MAZIDUL: Kemelut PEKIDA". BERSAMA MAZIDUL. 2009-09-08. Dicapai pada 2023-08-10.
  6. ^ "3 kolam air di puncak Gunung Inas akan dimusnahkan [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2022-08-21. Dicapai pada 2023-08-10.
  7. ^ "Pemergian Timb. Ketua UMNO Sg Besar, Parti Kehilangan Insan Hebat – Ahmad Zahid". umno-online.my (dalam bahasa Inggeris). 2021-12-05. Dicapai pada 2023-08-10.
  8. ^ Pahang, Aku Anak. "SENARAI PENUH KONGSI GELAP DAN PERTUBUHAN HARAM DI MALAYSIA". AKU ANAK PAHANG. Dicapai pada 2023-08-10.
  9. ^ Bernama (31 Ogos 2013). "Polis papar logo 49 kumpulan kongsi gelap". Astro Awani. Dicapai pada 2023-08-10.