Pemindahan,pindah kapal atau punggah sementara (bahasa Inggeris: transshipmet) bermaksud pemunggahan muatan daripada kapal untuk disimpan di satu tempat di pelabuhan, sementara menunggu kapal lain membawanya ke destinasi sebenarnya.

Tujuan utamanya ialah untuk menukar cara pengangkutan semasa perjalanan contohnya dari kapal kontena ke trak . Tujuan yang lain ialah untuk menggabungkan kiriman yang kecil menjadi satu kiriman yang besar, kemudiannya dipunggah semula menjadi kiriman kecil di destinasi akhir. Pemindahan selalunya dibuat di satu hab pengangkutan. Banyak pemindahan antarabangsa dibuat juga di kawasan kastam untuk mengelakkan pemeriksaan kastam atau cukai bagi memastikan kecekapan pengangkutan.

Perlu diingat yang pemindahan secara umumnya ialah satu istilah perundangan. Sesuatu barangan yang dikendalikan (pada pandangan pengirim) dengan satu gerakan saja tidak dianggap sebagai satu pemindahan, walaupun realitinya ia berpindah dari satu kenderaan ke kenderaan yang lain.

Pemindahan adalah sah di sisi undang-undang dan diamalkan dalam perdagangan dunia. Bagaimanpun, ia juga menjadi satu kaedah untuk melindungi kegiatan haram seperti pembalakan haram dan penyeludupan.

Pemindahan di terminal kontena atau pelabuhan

sunting

Pemindahan kontena di terminal kontena atau pelabuhan boleh ditakrifkan sebagai jumlah kontena yang dinyatakan dalam TEU, yang dikendalikan oleh pelabuhan, (dan selepas penyimpanan sementara dalam laman), kemudiannya dipindah ke kapal yang lain untuk dihantar ke destinasi akhir. Definisi sebenar pemindahan mungkin berbeza antara pelabuhan, ada yang menggabungkannya dengan pemindahan dalam pengangkutan air tawar (baj yang beroperasi di terusan dan sungai ke pedalaman).

  • pemindahan antara laut sahaja (contohnya pemindahan ke dalam kapal kontena laut dalam antarabangsa yang lain)
  • termasuk pemindahan antara laut dan antara laluan air tawar (kadang-kadang disebut pemindahan "air ke air"). Kebanyakan pelabuhan kontena di pinggir laut China mempunyai bahagian yang besar untuk pemindahan pinggir sungai ke pedalaman.

Dalam kedua-dua kes, gerakan kontena pindah dikira dua kali dalam prestasi pelabuhan disebabkan ia dikendalikan dua kali oleh kren dermaga (dipunggah dari kapal A, tunggu di tindanan, dan dimuat semula ke kapal B untuk destinasi akhir).

Lihat Juga

sunting

Rujukan

sunting
  • What Is Transshipment? from Informed Trade website
  • Rojas, E.; MCS Observers on board at-sea Transshipment Vessels. In: APO Mail Buoy Vol. 10 (3). pp. 8-9. 2007.