Penapisan atau penyensoran disifatkan sebagai penarikan balik dan/atau penahanan maklumat daripada pengetahuan orang awam oleh sebuah badan kawalan ("penapis" atau "sensor").[perlu rujukan]

Biasanya, penapisan ini dilakukan baik oleh pihak pemerintah, pertubuhan agama atau media massa dan lain-lain. Penahanan rahsia rasmi, rahsia komersil, harta intelek serta komunikasi peguam-klien istimewa jarang disifatkan sebagai penapisan selagi kaedah yang dilaksanakan tidak melampaui batas-batas tertentu. Oleh sebab itu, istilah "penapisan" sering dikaitkan dengan penyimpanan berrahsia yang tidak diduga, tidak wajar atau bertujuan menindas.

Penapisan ini berkait rapat dengan konsep kebebasan bersuara - jika kebebasan ini digunapakai secara berlebihan, maka timbulnya kaitan dengan penyalahgunaan hak asasi manusia, pemerintahan diktator serta tindakan menindas.

Konsep ini adakalanya sering diungkapkan dengan tujuan menyindir lalu menandakan kepercayaan bahawa sekumpulan yang mengawal maklumat tertentu sedang menggunakan kawalan ini secara tidak wajar atau untuk kepentingan diri, atau melarang orang lain daripada mencapai maklumat yang sepatutnya ada (selalunya agar kesimpulan yang dicapai boleh ditentusahkan).

Aspek-aspek penapisan sunting

Mengikut isi dan agenda sunting

Rasional bagi penapisan berbeza-beza untuk pelbagai jenis data yang ditapis. Terdapat lima jenis yang utama:

  • Penapisan moral: Bahan-bahan yang mengandungi apa yang dianggap oleh penapis sebagai moralnya boleh dipersoal akan disingkirkan. Badan penapisan tidak menyetujui apa-apa yang dianggapnya sebagai nilai-nilai di sebalik bahan terlibat lalu mengehadkan capaian kepadanya. Misalnya, bahan lucah sering ditapis menurut rasional ini.
  • Penapisan tentera: Pemastian bahawa maklumat perisikan dan taktik ketenteraan sentiasa sulit dan dijauhkan daripada musuh. Penapisan ini digunakan untuk mencegah pengintipan, iaitu perbuatan mencuri maklumat tentera. Tambahan pula, penapisan tentera juga melibatkan pengehadan maklumat atau liputan media yang boleh diumumkan kepada orang awam seperti di Iraq, di mana kerajaan AS mengehadkan penggambaran askar-askar terkorban atau keranda mereka serta penyiarannya di AS agar mengelak reaksi umum yang serupa kepada apa yang berlaku ketika Perang Vietnam atau Krisis Tebusan Iran.
  • Penapisan politik: Kerajaan menahan maklumat rahsia daripada warga-warganya atas sebab mengelak kebebasan suara yang perlu untuk memberontak. Negara demokrasi secara rasminya tidak menyetujui penapisan politik tetapi sering mendukungnya secara sulit. Mana-mana tentangan terhadap kerajaan disifatkan sebagai “kelemahan” untuk dieksploitasi musuh. Taktik-taktik kempen politik juga sering dirahsiakan: lihat skandal Watergate.
  • Penapisan agama: Mana-mana bahan yang menjelikkan kepercayaan tertentu disingkirkan. Hal ini sering melibatkan agama dominan yang menguat kuasa pembatasan terhadap yang kurang dominan. Dengan kata lain, penganut sesuatu agama boleh menghindari karya-karya seseorang penganut agama lain setelah mempercayai bahawa isinya kurang sesuai mengikut kepercayaan mereka.
  • Penapisan korporat: Para penyunting dalam saluran media korporat mencampur tangan menghalang penerbitan maklumat yang mencemari imej bisnes yang menggaji mereka atau rakan niaga yang berkaitan dengan syarikat mereka.[1][2] Pertubuhan swasta dalam perniagaan kewartawanan berita juga kadang-kala enggan mengedar maklumat atas sebab potensi kerugian hasil iklan atau nilai pemegang syer yang diakibatkan publisiti yang negatif.

Artikel dan rujukan luar sunting

Petikan dan nota sunting

  1. ^ Timothy Jay (2000). Why We Curse: A Neuro-psycho-social Theory of Speech. John Benjamins Publishing Company. m/s. 208–209. ISBN 1-55619-758-6.
  2. ^ David Goldberg, Stefaan G. Verhulst, Tony Prosser (1998). Regulating the Changing Media: A Comparative Study. Oxford University Press. m/s. 207. ISBN 0-19-826781-9.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Maklumat am sunting

  • Abbott, Randy. "A Critical Analysis of the Library-Related Literature Concerning Censorship in Public Libraries and Public School Libraries in the United States During the 1980s." Project for degree of Education Specialist, University of South Florida, December 1987. ED 308 864
  • Burress, Lee. Battle of the Books. Metuchen, NJ: The Scarecrow Press, 1989. ED 308 508
  • Butler, Judith, "Excitable Speech: A Politics of the Performative" (1997)
  • Foucault, Michel, edited by Lawrence D. Kritzman. Philosophy, Culture: interviews and other writings 1977-1984 (New York/London: 1988, Routledge, ISBN 0-415-90082-4) The text ''Sexual Morality and the Law'' is Chapter 16 of the book
  • O'Reilly, Robert C. and Larry Parker. "Censorship or Curriculum Modification?" Paper presented at a School Boards Association, 1982, 14 p. ED 226 432
  • Hansen, Terry. The Missing Times: News media complicity in the UFO cover-up, 2000. ISBN 0-7388-3612-5
  • Hendrikson, Leslie. "Library Censorship: ERIC Digest No. 23." ERIC Clearinghouse for Social Studies/Social Science Education, Boulder, Colorado, November 1985. ED 264 165
  • Hoffman, Frank. "Intellectual Freedom and Censorship." Metuchen, NJ: The Scarecrow Press, 1989. ED 307 652
  • Marek, Kate. "Schoolbook Censorship USA." June 1987. ED 300 018
  • National Coalition against Censorship (NCAC). "Books on Trial: A Survey of Recent Cases." January 1985. ED 258 597
  • Small, Robert C., Jr. "Preparing the New English Teacher to Deal with Censorship, or Will I Have to Face it Alone?" Annual Meeting of the National Council of Teachers of English, 1987, 16 p.
(Arguing that an English teacher should get advice from school librarians in preparing to encounter three levels of censorship:
  1. Rejection of adolescent fiction and popular teen magazines as having low value,
  2. Experienced colleagues discouraging "difficult" lesson plans,
  3. Outside interest groups limiting students' exposure. ED 289 172)

Laman web sunting