Pendidihan ialah suatu proses di mana cecair berubah kepada gas pada suatu suhu tetap. Apabila cecair dipanaskan, tenaga kinetik zarah-zarah bertambah kerana zarah-zarah menerima tenaga haba. Zarah-zarah bergerak dengan semakin cepat.

Air yang mendidih.

Pada takat didih cecair, zarah-zarah mempunyai tenaga yang cukup kuat untuk mengatasi daya tarikan di antara zarah-zarah lalu terlepas daripada cecair. Kemudian cecair berubah menjadi gas.

Dalam masakah, istilah rebus sering digunakan.