Pendingin air (bahasa Inggeris: water cooler)[1] ialah alat yang menyejukkan air untuk kegunaan orang ramai dalam suatu runag kecil. Pendingin ini umumnya dibahagikan kepada dua kategori: pendingin tanpa botol dan pendingin berbotol. Pendingin air tanpa botol disambungkan kepada bekalan air, sementara pendingin air berbotol pula memerlukan penghantaran (atau pengambilan sendiri) air dalam botol besar dari pembekal.

Pendingin air dengan botol air besar di atasnya.

Sumber air dan pembersihan sunting

Botol sunting

Untuk memasang botol air, ia diterbalikkan dan dipasangkan ke dispenser; di mana akan ada kuar yang menebuk lubang pada penutup botol membolehkan air mengalir ke takungan dalaman mesin. Sistem yang bergantung pada graviti ini mempunyai alat untuk mengeluarkan air dalam keadaan yang terkawal.

Ketika bekas air menjadi kosong, ia diangkat dari atas dispenser, dan penutup botol ditutup secara automatik untuk mencegah sebarang air yang berlebihan masih dalam botol dari bocor dan menitik keluar.

Sistem paip dengan penapisan sunting

Pendingin air yang dipasangkan dengan paip menggunakan air paip secara terus. Biasanya terdapat beberapa kaedah penapisan digunakan pada bekalan air ini sebelum air sedia diminum.

Penapisan sunting

Kaedah penapisan yang digunakan termasuk osmosis terbalik, pertukaran ion dan karbon aktif.

Kaedah pendinginan dan pemanasan sunting

Unit-unit ini adakalanya mempunyai fungsi pendinginan air menggunakan pendinginan mampatan wapn atau pendingian termoelektrik. Beberapa versi juga mempunyai kedua dispenser yang menyampaikan bilik-suhu air atau air panas yang boleh digunakan untuk menyediakan teh, coklat panas atau kegunaan lain. Air dalam saluran keluar panas biasanya dipanaskan dengan pemanas dan disimpan di dalam tangki khusus  (sepertimana pemanas air tradisional di rumah-rumah). Selain itu, saluran panas ini biasanya dilengkapi dengan injap keselamatan untuk mencegah daripada pelecuran secara tidak sengaja.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ 'water cooler' - Kamus Bahasa Inggeris. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 18 Disember 2017.