Penerbangan 222 TransAsia Airways

Penerbangan 222 TransAsia Airways (GE222/TNA222)[4] adalah sebuah penerbangan penumpang dalam negeri yang dijadualkan yang menggunakan pesawat ATR 72-500 yang terhempas semasa sebuah percubaan mendarat di Magong, Pulau Penghu, Taiwan, pada 23 Julai 2014. Ia mencuba sebuah go-around setelah percubaan mendarat yang tidak berjaya sebelum terhempas. Penerbangan 222 sedang menerbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung ke Lapangan Terbang Magong dengan 54 penumpang dan 4 anak kapal.

Penerbangan 222 TransAsia Airways
Pesawat yang terlibat, B-22810, sebuah ATR 72, pada 18 Julai 2014
Pesawat yang terlibat, B-22810, sebuah ATR 72, pada 18 Julai 2014
Kemalangan
Tarikh23 Julai 2014 (2014-07-23)
RingkasanGo-around tergagal; berlaku pada banjir yang keras
Tapak kejadianDekat perkampungan Xixi, Huxi, Penghu, Taiwan
23°35′N 119°38′E / 23.58°N 119.64°E / 23.58; 119.64Koordinat: 23°35′N 119°38′E / 23.58°N 119.64°E / 23.58; 119.64
Pesawat
Jenis pesawatATR 72-500
PengendaliTransAsia Airways
Kod pendaftaranB-22810
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung
DestinasiLapangan Terbang Magong
Penumpang54[1]
Anak kapal4
Kematian48[2]
Kecederaan15 (5 pada darat)[3]
Terselamat10[2]

Tol kematian telah mencapai 48 dan 10 orang terselamat kehempasan tersebut,[5][6][2] disemak dari laporan-laporan terawal iaitu 51 kematian. Taufan Matmo telah melalui Taiwan lebih awal hari itu, menyebabkan angin yang kuat serta hujan deras dan lebat;[7] kira-kira 200 penerbangan telah dibatalkan awal hari itu disebabkan oleh hujan dan angin lebat. Ini merupakan kemalangan penerbangan pertama Taiwan yang membawa kematian dalam 12 tahun.[8]

Pesawat sunting

Pesawat yang terhempas ini adalah ATR 72, MSN 1145, dengan daftar B-22817. Pesawat ini pertama kali terbang tanggal 8 April 2014 dan diserahkan kepada TransAsia Airways pada 14 Mei 2014. Pesawat ini menggunakan 2 engin Pratt & Whitney Canada PW127 .

Terhempas sunting

Pesawat ini sedang terbang menuju Kepulauan Penghu dari Kaohsiung, tetapi terpaksa melakukan pendaratan cemas di County Penghu. Terdapat 58 orang di dalam pesawat, beberapa penumpang di dalamnya selamat dan cedera.Punca kemalangan ialah Taufan Matmo melintasi Taiwan dan Penghu disertai hujan lebat pada waktu pagi. 200 penerbangan telah membatalkan perjalanan ekoran taufan itu. Ini adalah kemalangan udara pertama dalam tempoh 12 tahun.

Cubaan pendaratan pertama di Lapangan Terbang Magong gagal. Juruterbang kemudian meminta untuk melakukan pendaratan kedua, lalu hilang hubungan dengan menara kawalan.Pesawat ini dilaporkan jatuh di bandar Huhsi dan menyebabkan dua rumah hangus terbakar.

Juruterbang pesawat bernama Lee Yi-liang dan pembantunya ialah Chiang Kuan-hsing. Mereka berdua memiliki pengalaman terbang selama 22,994 jam dan 2392 jam serta wibawa mereka tidak perlu dipertikaikan.

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Dozens dead as plane crashes on Taiwanese resort island of Penghu during storm". South China Morning Post. 23 Julai 2014. Dicapai pada 23 Julai 2014.
  2. ^ a b c Lee, Hsin-Yin (24 Julai 2014). "48 confirmed dead, 10 injured in TransAsia plane crash". Central News Agency. Dicapai pada 24 Julai 2014. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "FTW Fatalities" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ "復興班機澎湖墜機 49罹難14傷" (dalam bahasa Chinese). Apple Daily Taiwan. 23 Julai 2014. Dicapai pada 24 Julai 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Taiwan TransAsia Airways plane crash 'kills dozens'". BBC News. 23 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2014. Dicapai pada 23 Julai 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "TransAsia Plane Crash Landing 'Kills 51'". Sky News. 23 Julai 2014. Dicapai pada 23 Julai 2014.
  6. ^ "47 dead, 11 injured in Penghu plane crash: reports". Taiwan News. 23 Julai 2014. Dicapai pada 23 Julai 2014.
  7. ^ "TransAsia Airways crashes in Taiwan, at least 40 dead". USA Today. 23 Julai 2014. Dicapai pada 23 Julai 2014.
  8. ^ "Deadly Taiwan plane crash in stormy weather". CBS News. 23 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2014. Dicapai pada 24 Julai 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting