Penerbangan 703 Saratov Airlines

Penerbangan 703 Saratov Airlines merupakan sebuah penerbangan dari Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow ke Lapangan Terbang Orsk di Orsk, Rusia. Sebuah insiden berlaku pada tengah hari 11 Februari 2018, di mana sebuah Antonov An-148 yang sedang melakukan penerbangan ini terhempas sejurus selepas berlepas lalu mengorbankan kesemua 65 orang penumpang dan enam orang anak kapal yang berada dalam penerbangan itu.[1]

Penerbangan 703 Saratov Airlines
Pesawat yang terlibat dalam insiden, Mei 2017
Kejadian
Tarikh11 Februari 2018 (2018-02-11)
RingkasanPunca dikatakan akibat kerosakan instrumen
Tapak kejadianStepanovskoye, Wilayah Moscow
Pesawat
Jenis pesawatAntonov An-148
Asal penerbanganLapangan Terbang Domodedovo, Moscow
Penumpang65
Anak kapal6
Kematian71

Latar belakang sunting

Pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Domodedov, Moscow pada 2:41 petang (waktu tempatan). Kemudian, hubungan radio terputus dan hilang daripada pandangan radar beberapa minit selepasnya.[2]

Penumpang dan anak kapal sunting

Dalam insiden ini, terdapat 65 orang penumpang dan enam orang anak kapal dalam pesawat, termasuk dua orang juruteknik yang melakukan penyelenggaran pada pesawat malang itu. Kaptennya, Valery Gubanov pula dikatakan mempunyai pengalaman sebanyak 5,000 jam penerbangan. Dua orang warga asing juga terlibat dalam insiden, yaitu dari Switzerland dan Azerbaijan. Kesemua penumpang dan anak kapal terkorban.[3][4]

Penumpang dan anak kapal Penerbangan 703
Warganegara Penumpang Anak kapal Jumlah
  Rusia 63 6 69
   Switzerland 1 0 1
  Azerbaijan 1 0 1
Jumlah 65 6 71

Siasatan sunting

Insiden pada awalnya dikatakan berpunca sama ada akibat keadaan cuaca tidak mengizinkan, kecuaian juruterbang atau kegagalan teknikal.[2] Selepas siasatan awal dijalankan, insiden dikatakan mungkin berpunca daripada instrumen yang dilitupi ais, menyebabkan gangguan pada instrumen dan membawa kepada salah bacaan pada bacaan kelajuan pesawat. Ketika itu, sistem pemanasan dikatakan ditutup.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Plane Crashes Outside Moscow, 71 Believed Dead". The Moscow Times. 11 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ a b "Passenger plane crashes in Moscow region". Agensi Berita Rusia. 11 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Plane crash kills 71 near Moscow: This is what is known about the disaster". Russia Today. 12 Februari. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ "Citizens of Switzerland, Azerbaijan were onboard of crashed airplane in Moscow Region". Agensi Berita Rusia. 12 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "Faulty speed indicators suspected as cause of Russian plane crash". The Guardian. 13 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)