Pengawasan massa atau pengawasan orang ramai ialah pengawasan teliti seluruh atau pecahan utama sesebuah populasi dalam usaha memantau kelompok rakyat tersebut.[1] Pengawasan ini sering dijalankan baik oleh pemerintah tempatan dan federal mahupun badan pemerintah tertentu (organisasi seumpama NSA dan FBI), tapi ia boleh juga dijalankan oleh syarikat - sama ada ditugaskan pihak pemerintah atau mengikut inisiatif sendiri. Kebolehan dan kebenaran yang diperlukan untuk pelaksanaan pengawasan besar-besaran ini bergantung pada setiap negara undang-undang dan kehakiman.

Pengawasan ini sering disebut sebagai keperluan melawan terorisme, mencegah kejahatan dan kerusuhan sosial, untuk melindungi keselamatan negara, serta mengawal penduduk. Pada masa yang sama, ia telah mendapat kritikan atas pelanggaran hak privasi, membatasi hak dan kebebasabn awam dan politik, serta sifatnya yang menyalahi undang-undang di bawah beberapa sistem perundangan atau perlembagaan. Terdapat juga hujah yang mengatakan bahawa pengawasan sebegini bisa membawa kepada pembangunan negara berpengawasan (surveillance state) atau elektronik polis negeri di mana kebebasan awam atau tentangan politik dilanggar dan dilemahkan oleh rancangan seumpama COINTELPRO.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Mass Surveillance". Privacy International. Dicapai pada 20 April 2017.