Kepungan Waco di Texas, Amerika Syarikat dilakukan selama 50 hari dari 28 Februari hingga 19 April 1993.[1] Kepungan dilancarkan oleh Biro Anti Alkohol, Tembakau, dan Senjata Api Amerika Syarikat (ATF) di Mount Carmel, 14 km di timur laut Waco, Texas . Tembak menembak berlaku selama 2 jam. 4 agen FBI dan 6 pengikut David Koresh dijumpai terbunuh. Setelah ATF gagal, FBI ambil alih dan melakukan kepungan selama 50 hari. 76 orang (24 di antaranya warga negara Britain terbunuh dalam api, termasuk 20 kanak-kanak, 2 ibu hamil dan Cyrus sendiri.

Sejarah

sunting

Penganut agama Kristian, 'Davidian Seventh Day Adventists' adalah mazhab Protestan sejak 1955. Ia adalah serpihan daripada Davidian Advent Hari Ketujuh sekitar tahun 1930. Gereja mereka dipindahkan ke puncak bukit ,beberapa kilometer di timur Waco, yang mereka namakan Mount Carmel sempena nama gunung di Israel (Yosua 19:26 dalam Perjanjian Lama) .

Pada tahun 1959 Florence Houteff (janda pengasas Victor Houteff ) mengumumkan bahawa Yesus Kristus akan datang tidak lama lagi. Penganut diperintah memunggu dan berkumpul di pusat itu. Ramai yang tinggal dalam khemah, dalam lori , bas dan harta mereka habis dijual.

Setelah kegagalan kejadian ini, kawalan dari Mt. Carmel jatuh ke Benjamin Roden kepada isterinya, Lois. Lois Roden dianggap tidak layak untuk menganggap kedudukan Nabi. Sebaliknya, ia dipersiapkan Vernon Hoell, yang kemudian dikenali sebagai David Koresh. Pada tahun 1984, kumpulan ini menyebut diri mereka Cabang Davidian Advent Hari Ketujuh Davidian. Kemudian Howell dan kumpulannya berpindah ke Palestin, Texas.

Howell berusaha untuk mendapatkan kawalan secara paksa. George Roden telah menggali peti mati Anna Hughes dari perkuburan Daud dan mencabar kepimpinan Howell.

George Roden telah dimasukkan ke dalam penjara bawah pada 21 Mac 1988, kerana dia menggunakan bahasa kotor ketika pembelaan di mahkamah. Hari berikutnya, Perry Jones dan sejumlah pengikut lain Howell pindah dari markas besar mereka di Palestin, Texas ke Mt. Carmel Center.

Pada 1989, Roden membunuh Adair dengan kapak. Roden didapati bersalah, tapi diisytihar gila dan dimasukkan ke rumah sakit jiwa.

Pada 5 Ogos 1989, Cyrus (pada saat itu masih bernama Vernon Howell) mengumumkan 'boleh melakukan hubungan seks dengan perempuan lain'. Vernon Howell pada 15 Mei 1990 menukar nama kepada David Koresh.

Pada tahun 1992, sebahagian besar tanah yang dimiliki oleh kumpulan itu telah dijual kecuali markas seluas 77 hektar.

kepungan

sunting

Sebelum serangan, Rick Ross menasihati Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Peledak (ATF) bahawa menangkap Cyrus di Mt. Carmel di hadapan pengikutnya berkemungkinan besar akan mencetuskan tindakbalas kekerasan. Joyce Sparks

Dakwaan

sunting

Memiliki senjata

sunting

Cyrus turut dituduh dengan tuduhan gangguan seksual, dan mengumpul senjata haram. Cyrus mengajar bahawa kerajaan AS adalah musuh Davidian. Olhe itu mereka haruslah mempertahankan diri dan melawan dengan senjata. Mereka memberi senjata api dari syarikat "Mag Bag" melalui UPS. Alamat Mag Bag ialah Route 7, Box 555-B, Waco, Texas. Antara yang dibeli ialah 45 pucuk pistol AR15 semi-automatik. Penghantaran dengan UPS untuk "Mag Bag" telah diterima dan dibayar di Mount Carmel Center oleh Woodrow Kendrick, Paul Fatta, David Koresh atau Steve Schneider.

Akulah Tuhan

sunting

Cyrus tidak mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebaliknya ia adalah pandangan paradoks bahawa jika orang ini benar-benar percaya bahawa dia boleh hamil wanita 62 tahun, maka orang juga harus takut Cyrus kerana dia juga adalah Tuhan . Ini kerana hanya Tuhan yang boleh menghamilkan seorang wanita lanjut usia 62 tahun.

Pada 27 Pebruari 1993, Waco Tribune-Herald menyiarkan siri rencana tentang 'Mesias / penyelamat berdosa'.

Rujukan

sunting
  1. ^ Justin Sturken and Mary Dore (2007-02-28). "Remembering the Waco Siege". ABC News. Dicapai pada 2008-06-23.